Tuesday, January 23, 2018

COQ-Trol Plus sebagai Energy Booster

Assalamualaikum semua... 

Pagi ni semangat nak update blog sebab nak story kat you all pasal COQ-Trol yang lina dah consume ni... alhamdulillah semakin bertenaga menjalankan aktiviti harian dari pagi sampailah ke malam!

Memang serius ENERGY BOOSTER sangat, even tak ambil ESP dah ada nih pun cukup 👍🏻

Lina highly recommend for those yang jenis cepat letih dan sering rasa mengantuk untuk cuba consume Coq Trol Plus nih memang boleh nampak perbezaan dia.

Students, working people, housewife ke semua sesuai untuk consume.

Sebagai tambahan, Coenzyme q10 juga membantu untuk:

☑️ Cantikkan dan anjalkan kulit
☑️ Meningkatkan kesihatan kesuburan
☑️ Memelihara kesihatan jantung

More info, boleh whatsapp Lina okay



Siti Marlina binti Badaruddin
Shaklee ID 859745
www.wasap.my/60163505456/COQ-Trol

Tuesday, November 28, 2017

Vitamin C Shaklee Untuk Sihat dan Cantik

Assalamualaikum semua... pagi ni nak cerita pasal Vitamin C Shaklee yang sentiasa mendapat sambutan yang tinggi tak kira usia. Vitamin C lah vitamin yang kita mula2 kenal dari vitamin2 lain kan?


Kenapa badan kita memerlukan Vitamin C ?


Vitamin C atau ascorbic acid adalah nutrient yang tidak dihasilkan oleh sistem tubuh kita, jadi ianya perlu diambil melalui diet seharian. Dan ia adalah vitamin larut air, maksudnya tubuh kita tidak dapat menyimpan vitamin C sepertimana glucose yang disimpan dalam bentuk glycogen.

Sebab itulah kita disarankan mengambil makanan yang kaya dengan vitamin C setiap hari, antaranya :

  • Oren
  • Brokoli
  • Lemon
  • Kiwi
  • Betik 
  • Tomato
  • Kobis Ungu

Vitamin C adalah antara nutrien yang penting, selamat dan efektif untuk menjamin kesihatan yang menyeluruh. Menurut Mark Moyad, seorang doctor dari Uni of Michigan, yang membuat kajian berkaitan vitamin C, “Semakin kita mengkaji Vitamin C, semakin kita faham bahawa Vitamin C bermanfaat kepada kita dalam pelbagai sudut, termasuklah sistem kardiovaskular, kanser, strok, kesihatan mata dan sistem imuniti.”


Berikut saya kongsikan betapa bermanfaatnya Vitamin C kepada kesihatan kita:

  1. Antioksidan

Vitamin C bertindak sebagai pelindung daripada molekul berbahaya yang dipanggil radikal bebas termasuklah asap rokok dan pencemaran udara. Radikal bebas ini lama-kelamaan akan merosakkan DNA dan menukarkan sel sihat kepada sel kanser. Selain itu, radikal bebas ini turut menyumbang kepada penuaan, penyakit jantung dan artritis.


Vitamin C Shaklee
Antioksidan bertindak menghalang kerosakan yg disebabkan radikal bebas
  1. Demam dan asma

Pengambilan Vitamin C pada hari kita jatuh selesema tidak akan merawatnya serta merta, namun jika diambil secara berterusan, mampu mengurangkan frekuensi, tempoh masa dan demam kita lebih mild jika dibandingkan dengan tidak mengambil vitamin C. Menurut kajian, ia turut mengurangkan risiko untuk sakit yang lebih kronik seperti asma, pneumonia dan jangkitan paru-paru.


  1. Membentuk kolagen

Tanpa vitamin C, kolagen tak dapat dihasilkan. Kolagen adalah sejenis protein antara beribu protein dalam tubuh kita. Ianya teramat dan paling banyak diperlukan dalam pembentukan kulit, jantung, salur darah, tulang, gigi, gusi, mata, senang kata seluruh badan kita memerlukan kolagen. Untuk memastikan kesemua sel dan organ kita berfungsi secara optimum, sistem tubuh kita akan membuang dan mengganti sel rosak dengan sel baru. Sebab itulah penting untuk kita menghasilkan kolagen yang cukup, dengan pengambilan vitamin C secara berterusan.


  1. Meningkatkan imuniti

Vitamin C diperlukan untuk meningkatkan penghasilan sel darah putih iaitu barisan pertahanan yang akan bertindak melawan virus-virus yang menyerang badan kita. Ketika jatuh sakit, sel darah putih dalam badan akan berkurang, sebab itu disarankan untuk menambah dos vitamin C untuk menaikkan kembali sel darah putih dan  sistem immuniti kita akan lebih kuat dan efisen.


  1. Baik untuk kulit

Vitamin C dengan sifat antioksidan, melindungi kulit kita daripada radikal bebas dan sinaran UV yang boleh merosakkan kulit. Selain membantu mengurangkan kedutan dan menganjalkan kulit, vitamin C juga turut merawat luka supaya cepat sembuh. Dan kesemua efek ini lebih mantap jika vitamin C dan E diambil bersama.


  1. Kurus

Mengikut kajian yang dibuat oleh sekumpulan penyelidik daripada Arizona State University, vitamin C diperlukan untuk memecahkan lemak yang tersimpan dan menukarnya kepada tenaga. Kalau sebelum ini kita kurang mengambil vitamin c, mungkin ini dapat menjelaskan mengapa kita masih tak kurus sedangkan dah banyak bersenam ?


12472307_10204725919826913_4360661122631630716_n


  1. Vitamin tambahan untuk pesakit kencing manis

Berdasarkan kajian yang disediakan oleh National Center for Complementary and Integrative Health (NCCIH), Pengambilan insulin bersama-sama vitamin C akan meningkatkan sensitiviti terhadap insulin dan meningkatkan fungsi saluran darah, seterusnya mengurangkan risiko untuk mendapat penyakit yang lebih kronik akibat diabetes.


Kannn, memang banyak pun kebaikan vitamin C ni untuk kesihatan kita, lebih-lebih lagi sekarang adalah musim panas dan kering, kulit kita terdedah kepada sinaran UV yang terik dan kita juga mudah jatuh sakit.

Jadi, pastikan anda dan keluarga mengambil makanan yang kaya dengan vitamin C setiap hari. Ataupun, dapatkan sahaja Vita C Sustained Release daripada Shaklee. Hanya sebiji sehari untuk kesihatan yang lebih baik, untuk anda dan keluarga.


Siti Marlina binti Badaruddin
Shaklee ID 859745



atau anda boleh terus buat pesanan 








Click JOIN NOW untuk dapatkan harga 
YANG LEBIH JIMAT!




Monday, November 13, 2017

Kebaikan OSTEMATRIX




Antara supplement Shaklee yang saya paling suka dan wajib consume setiap hari tak boleh tinggal. Biasa pergi mana mana pun bawa sebotol terus

OSTEMATRIX ni dalam 1 caplet ada 250 mg calcium. Biasanya saya akan ambil bergantung kepada keperluan dan pengambilan calcium Lina dalam seharian.

Untuk ibu yang sedang pregnant, Ostematrix ni sangat membantu untuk atasi sakit sakit badan, termasuk lah belakang, pinggang dan kaki.

Ostematrix ni juga membantu melembutkan najis. Jadi, sangat sesuailah untuk mereka yang ada masalah sembelit ataupun buasir.. owhh tidak.. sangat2 tak selesa..

Kadang2, Lina juga mengalami masalah sakit kepala atau migrain..kepala berdenyut2 especially kalau tak cukup tidur.. apalagi? terus telan 2 biji Ostematrix dan B complex.. Alhamdulillah kepala yg sakit tu hilang dan badan semakin bertenaga..

Kalau dulu nak membuang air besar tak menentu, sejak consistent dengan Ostematrix ni setiap pagi sebelum Subuh lancar membuang.. badan semakin cergas dan tak mudah letih dan boleh maintain kan berat badan

So for those yang dah berumur 19 tahun ke atas, minum susu atau ambil makanan dari sumber calcium pun jarang jarang, you definitely need this Calcium Tablet.

InshaaAllah kita jaga kesihatan kita dari sekarang, Allah berikan pula kita kekuatan dan elakkan kita daripada penyakit seperti Osteoporosis.

Jangan biarkan kulit dan badan jer cantik tapi kesihatan tulang kita abaikan ya. Tak nak lah nanti umur muda muda tapi tulang dah mereput.. 

Sayangilah badan anda..


Siti Marlina binti Badaruddin
Shaklee ID 859745


Monday, November 6, 2017

Susu Ibu Merundum Ketika Haid

Sudah beberapa hari saya gagal  berbloging lantaran internet yang slow macam siput. Entry kali ini saya nak sharing masalah susu merudum ketika haid. Ramai ibu menyusu yang susah hati susu merudum ketika haid. Tambahan pula stok simpanan susu ibarat kais pagi makan pagi je. Mulalah panik dan gelisah. Tapi tidak semua semua ibu yang mengalami masalah ini. Hanya segelintir sahaja. Bagaimana ia boleh terjadi? Jom kita baca seterusnya




Apabila haid, badan kehilangan banyak kalsium. Jadi bagi sesetengah wanita, penurunan kadar kalsium dalam badan akan menyebabkan susu juga menurun. Ini kerana kalsium merupakan salah satu komponen terbesar dalam penghasilan susu ibu. Ibu-ibu jangan susah hati susu merudum ketika haid kerana zaman moden ini ada kaedah yang berupaya untuk mengatasi masalah ini.


Bagaimana mengatasi masalah ini?

Untuk mengekalkan kalsium ditahap yang tinggi, ibu menyusu disarankan untuk mengambil Ostematrix. Apa yang best ostematrix ni?
  • kalsium bukan sahaja ada di tulang & gigi ya, dalam darah pun ada juga
  • atasi masalah sembelit
  • memberi tenaga dan dan mudah bangun dari tidur
  • mengekalkan tekanan darah normal
  • membantu kita segar
  • mengelakkan kemurungan
  • mengatasi masalah "water retention"
  • mengatasi masalah pra-haid
  • mengelakkan kekejangan & sakit tulang belakang
  • membantu pengeluaran susu (milkbooster) dgn syarat perkara asas penyusuan dipatuhi
  • mengatasi masalah pereputan tulang
  • memastikan tulang padat untuk mengampu tubuh yg berat(jika ada masalah berat berlebihan)


Ibu-ibu juga perlu mengambil makanan berkhasiat  yang berprotein dan kaya kalsium. Tapi jika ibu-ibu gagal berdisiplin untuk menjaga pemakanan saya sarankan ibu-ibu untuk mengamalkan set Triple MSet ini paling optimum untuk ibu-ibu menyusu. Ianya lengkap dengan semua vitamin yang diperlukan untuk ibu yang menyusu. Mengandungi Energizing Soy Protein yang bukan sahaja untuk membantu pengeluaran susu yang banyak tetapi ESP ini boleh memberi kebaikan kepada ibu-ibu seperti berupaya menganjalkan payudara dan mengentalkan otot punggung. Dalam pada susu banyak, badan juga dapat terpelihara sihat.

Nak tahu kehebatan esp? Sila klik di sini.

Jangan tunggu lagi. Anda boleh terus dapatkan supplement Shaklee secara online dengan hanya click order disini dan akan terus sampai ke alamat anda..



atau, boleh juga terus hubungi saya

Siti Marlina binti Badaruddin
Shaklee ID 859745





Tuesday, August 15, 2017

Kenapa HB Rendah Semasa Mengandung

Apabila mengandung, semua Ibu mahukan prestasi kesihatan yang terbaik. Sebab itu kebiasaanya Ibu mengandung tak kan pernah lupa untuk menghadiri temujanji pemeriksaan kesihatan secara berkala di Klinik Kesihatan Ibu & Anak. Kan? Macam itu lah juga saya sewaktu mengandungkan dulu.


APAKAH HB?

HB adalah Hemoglobin dalam darah. Ia adalah sejenis protein dalam sel darah merah yang tugasnya mengangkut oksigen daripada salur pernafasan ke seluruh badan manusia.


Analogi: Bayangkan manusia kalau tak cukup oksigen akan tercungap-cungap kelemasan. Kalau badan ibu mengandung tak cukup oksigen, organ dan tubuh badan ibu akan mengalami masalah.

Biasanya bacaan HB yang cantik untuk ibu mengandung adalah dalam 11 g/dL.

Acapkali apabila pemeriksaan kesihatan, HB saya selalu maintain cun je. Dalam bacaan 12 g/dL ke atas.  Tapi, suatu ketika semasa mengandungkan anak saya yang kedua, semasa dalam minggu kehamilan ke-15, HB saya drop teruk. Jatuh sampai 10.9 g/dL!



BAHAYAKAH HB RENDAH SEMASA MENGANDUNG?
Selain masalah pengidap / pembawa thalasemia, apabila ibu hamil mempunyai HB rendah, ibu hamil itu berisiko terhadap masalah anemia.
Bahaya anemia ini adalah oksigen yang dibawa kepada bayi dalam kandungan boleh berkurang.
HB terlalu rendah akan menyebabkan Ibu mengandung cepat penat dan selalu kelihatan pucat, malah ianya juga memberi kesan kepada perkembangan bayi dalam kandungan, seterusnya akan membawa kepada kelahiran pramatang.
Dan yang paling merisaukan masa bersalin nanti kalau HB tak cukup boleh membahayakan nyawa ibu sebab masa tu darah banyak keluar.

KENAPA HB RENDAH SEMASA MENGANDUNG
Oleh sebab ini kali pertama (sejak mengandung dua kali) saya mempunyai HB rendah 10.9 (Bacaan normal adalah 11 g/dL, maknanya saya ni hanya kurang 0.1 g/dL je pun), saya selidik apa punca-punca yang membawa kepada HB rendah semasa mengandung ni.
Nak tahu?
Teruskan membaca



Masa kita mengandung, penghasilan darah dalam tubuh meningkat untuk menyokong keperluan ibu dan bayi.
Apabila darah bertambah, kepekatan Hemoglobin (HB) dalam darah akan berkurang.
Analogi : Analoginya macam air sirap. Asalnya air sirap dalam satu cawan adalah just nice. Bila air sirap tersebut dikehendaki memenuhi satu jag lain, maka air akan di tambah.
Tapi kalau tambah air saja, pati sirap tak tambah, tak menjadi lah air sirapnya.
Jadi dalam situasi ibu mengandung yang isipadu darah bertambah, hemoglobin pun kena bertambah.
Masalah berlaku bila badan kita tak cukup bahan untuk buat hemoglobin. Nak hemoglobin tapi tak cukup bahan buat, jadi lah bacaan HB rendah dan menghasilkan simptom-simptom HB rendah.

Kenapa IRON penting untuk kehamilan?

Iron membantu dalam penghasilan HEMOGLOBIN (HB), protein dalam sel darah merah yang mengangkut oksigen ke seluruh sel dalam badan.
Semasa hamil, jantung akan mengepam darah 30-50% lebih cepat berbanding biasa.  Extra Iron is needed to produce more HB in order to bring oxygen to our baby.

Apa yang akan terjadi jika darah tidak mendapat bekalan Iron yang cukup?

ANAEMIA (HB < 11g.dl), ini akan menyebabkan kepada:

  1.  Infertility (tak subur)
  2.  Keguguran
  3.  Kelahiran Bayi Pramatang (Tak cukup bulan)
  4.  Bayi tidak cukup berat (Berat bayi yang lahir kurang 2.5kg)
  5.  Intrauterine growth restriction (IURG) atau pertumbuhan janin terbantut
  6.  Anak lemas semasa lahir atau Aspyxia 
  7.  Risiko kematian ketika lahir atau stillbirth
Allahuakbar! Takut kan. Sampai boleh menyebabkan kepada kematian lagi. Jadi, bakal ibu dan ibu please jangan pandang remeh tentang isu nutrisi semasa hamil ini. Pastikan anda mengambil cukup bekalan Iron.

Cara Untuk Meningkatkan HB

Untuk meningkatkan HB, anda digalakkan makan makanan yang tinggi kandungan zat besi, seperti:
  • Daging lembu sebesar kotak mancis (2 keping)
  • Daging ayam (bahagian dada)
  • Kerang (20 biji)
  • Ikan Bilis
Jangan mengambil pil tambah darah bersama air susu (sumber tenusu) kerana ia akan mengurangkan penyerapan vitamin. Sebaiknya ambil bersama air masak atau air buah-buahan.
Hb akan bertambah 1g/dL sekiranya kita ,mengambil vitamin selama 10-14 hari secara konsisten.



Namun begitu,anda diberi pilihan atau short cut bagi menangani masalah ini. Saya memperkenalkan Set Anemia Ibu Hamil dihasilkan bertujuan khas untuk mengatasi masalah HB low dan anemia.



VITA-LEA Shaklee sumber IRON yang terbaik

Supplement Shaklee yang mengandungi Iron adalah VITA LEA. Bukan sekadar Iron, malahan VITA-LEA merupakan multivitamin lengkap yang sangat membantu dalam memastikan badan kita cukup keperluan nutrisi.
So kalau nak pregnant, kena consume earlier okay? Sekurang kurangnya 4 bulan sebelum merancang untuk hamil tu anda dah kena start consume Vita Lea tau. Dan penyerapan Iron dalam Vita Lea ni akan lebih efektif sekiranya diambil bersama Vitamin C.

Jemput order online sendiri di sini ya..
 Jemput buat order online sendiri di sini

Sebagai penutup kepada entri ini, jemput lihat video pengalaman ibu ini yang setiap kali mengandung mesti Anemia. Namun dengan ikhtiar beliau, kali ini beliau berjaya selesaikan masalah anemia nya dalam masa HANYA 2 MINGGU!

Anemia Ibu Hamil ni Dah Warded Pun Degil - Nasib Kakak Garang from iReach HD on Vimeo.


Siti Marlina Badaruddin
Shaklee ID 859745

Wednesday, July 26, 2017

PENTINGNYA LECITHIN UNTUK KITA SEMUA

Lepas belajar produk Lecithin ni, ketawa pulak saya.. sebab dulu orang sekeliling akan bagitahu saya slow, lembab, lambat pickup.. Baru tahu saya kurang Lecithin rupanya.


Ada tak org yg mcm tu? slow, lemah, lembik, lambat pickup, susah nak ingat, susah nak faham? Maybe anak-anak kita? Sebab org yg slow/lembab ni, bukan genetik atau bukan dilahirkan lembab tapi kerana tidak cukup nutrisi yg dipanggil Choline.

Bila tak cukup Choline, dia tidak dapat hasilkan neurotransmitter acetylcholine dgn cukup. Untuk sel saraf berhubung antara satu sama lain. Sepanjang saraf, message2 daripada otak di bawa dalam bentuk cetusan elektrik halus. Bila sampai dihujung dia akan melompat dan berpindah ke saraf lain. (Sel saraf dijadikan individual tidak bersambung, cara message disampai melalui lompatan agar lebih cepat daripada bersambung) Subhanallah..

Jadi, untuk jadi cekap pantas berfikir sekejap je boleh pick up, kene banyakkan acetylcholine. Acetylcholine yang banyak, maka message boleh ditarik/dibawa dengan cepat.

Shaklee menghasilkan Lecithin, supplement melengkapkan keperluan sesetengah sebatian penting yang badan kita perlu dapat daripada makanan. Diperbuat daripada soya yang mana manusia perlukan untuk membentuk sel membrane.

Lecithin bersama2 dengan kolestrol penting utk membina sel membrane. Hati juga, boleh menghasilkan kolestrol (so tidak perlu pengambilan kolestrol yang berlebihan) sel membrane ini sangat perlu berada di dalam keadaan telap supaya bahan-bahan drpd luar seperti gula, vitamin2, perlu menembusi/ masuk ke dalam sel dgn selamat. Jadi ia perlukan lecithin (bahan utama protein, vit c dan beberapa lagi) baru jadi kenyal atau telap.

Lecithin juga sejenis lemak tepu yang terdapat drpd soya. Lecithin sangat perlu utk membantu memcernakan/menyerap/melarutkan vitamin larut lemak (Vitamin A, D, E, K) bersifat menghaluskan molekul lemak drpd besar ke kecil senang nak keluar kalau terlebih dan senang digest.

Lecithin sangat bagus utk liver, boleh kurangkan lemak dihati. Kurang lemak, kurang toksin dihati.
Jikalau seseorg ada gallstone/ batu dipundi hempedu (90% dibentuk drpd bentuk lemak). Bila makanan berlemak menyaluti tablet2 tertentu, dia akan dibawa ke gallbladder tempat proses disitu. Dia akan dikerjakan oleh bile pigment. Lecithin boleh menghancurkan dan dikeluarkan oleh badan.

Membantu menjaga kesihatan prostate juga melancarkan pembuangan najis

Untuk slimming, dia mencairkan/menghancurkan lemak di bawah kulit. Tapi lemak didalam organ tidak boleh hancur dengan lecithin semata. Wajib ada omega. Omega boleh pergi lebih dalam.

Kalau perasan anak2 mcm lambat faham ke lambat pickup di dalam pembelajaran, bantulah mereka dengan Lecithin supaya lebih banyak sel berhubung dan cepat menjadi lebih cekap dan yang pantas fikir.

Oleh itu jangan berlengah lagi untuk adakan bekalan/stock Lecithin di rumah untu DIRI SENDIRI, SUAMI / ISTERI DAN ANAK-ANAK TERSAYANG

Hubungi saya,

Siti Marlina binti Badaruddin
Shaklee ID 859745