Thursday, January 12, 2017

Tips Turunkan Berat Badan Dengan Berkesan

Saya yakin pasti ramai antara kita yang berazam untuk menurunkan berat badan pada tahun 2017 ini kan ? Sama ada ianya azam yang baru di tahun baru 2017 atau azam tahun 2016 yang diperbaharui niatnya

Azam Tahun Baru 2017. (sumber:googleimage)
Azam Tahun Baru 2017. (sumber:googleimage)
Apa-apa pun jom check it out tips-tips menurunkan berat badan dengan lebih efisen

  1. Kenalpasti Body Mass Index (BMI)

Langkah paling utama, kenalpasti dulu BMI kita, formulanya adalah bahagikan berat (kg) dengan tinggi (cm2), jawapan yang kita dapat akan menentukan kategori kita sama ada underweight, normal, overweight ataupun obesiti. Boleh buka website ni untuk kirakan BMI dengan cepat –>nhlbi, semakin tinggi BMI kita, semakin tinggi juga risiko kita untuk mendapat penyakit kronik seperti tekanan darah tinggi dan Diabetes.

Kategori BMI. (sumber:googleimage)
Kategori BMI. (sumber:googleimage)
  1. Tetapkan gol dengan jelas; tulis !

Wujudkan satu dairi untuk kita tulis apa yang kita makan dan berapa banyak kalori dalam satu hari. Tuliskan juga aktiviti fizikal yang kita buat untuk membakar kalori-kalori tadi. Bila dah jelas, kurangkan pengambilan kalori sedikit demi sedikit, tak digalakkan potong kalori secara drastik, ya, memang cepat turun kg, namun lebih mudah untuk naik berat semula selepas ini. Diari-diari ni memang agak memakan masa tapi sangat penting supaya kita sentiasa jelas dengan matlamat kita dan tahu ‘progress’ kita.

  1. Bukan makan banyak setiap kali, tapi makan banyak kali.

Wajib ambil breakfast, kajian menunjukkan mereka yang skip breakfast tend untuk makan lebih banyak dan sukar menurunkan berat badan. Jadi, ambil semua heavy meal seperti breakfast, lunch dan dinner. Tapi pastikan dalam kuantiti yang sedikit lah. Separuh pinggan penuh dengan sayur, suku pinggan protein dan suku lagi karbohidrat. Macam gambar ni..


Portion satu pinggan (sumber : webMD) click untuk zoom

  1. Minum air putih. Secukupnya.

Setiap 25kg berat badan perlu minum 1L air. Sebagai contoh, mereka yang berat 75 kg perlu minum 3L air untuk mencukupkan keperluan harian. Ia juga bergantung kepada aktiviti fizikal individu, sekiranya kerja tengah panas, banyak berpeluh, banyak bersukan, ibu menyusu, lagi lah kena minum banyak. Jangan minum minuman manis, air gas, minuman dalam tin, termasuklah jus-jus buah yang djual dalam botol. Sebenarnya, ramai juga yang berjaya menurunkan berat hanya dengan kurangkan pengambilan gula.

gula

  1. Banyakkan aktiviti fizikal, kurangkan duduk saja.

Haruslah berkorban sedikit untuk mendapatkan tubuh badan yang sihat. Pilihlah untuk menggunakan tangga bukan lif, parking jauh bukan betul-betul depan pintu bangunan, berjalan laju bukan melenggang kangkung. Dan kurangkan juga aktiviti duduk saja seperti menonton televisyen, mengadap komputer, termasuklah memandu kenderaan selama berjam-jam. Kajian menunjukkan mereka yang banyak duduk, berisiko tinggi untuk obesiti, mendapat penyakit jantung dan diabetes. Lebih-lebih lagi, sambil duduk tu mulut mengunyah keropok.


sedentary-lifestyle

  1. Dapatkan nasihat pakar.

Rujuklah  doktor atau pakar nutrisi anda untuk kenalpasti status kesihatan sebelum memulakan sesuatu rejim diet atau aktiviti fizikal. Dapatkan khidmat professional dan bertauliah. InshaAllah selamat dan berkesan.


Apa yang saya share hanyalah kerana saya pun nak turunkan berat badan dan ianya hanyalah berdasarkan pembacaan saya, tidaklah boleh memberi diagnosis untuk permasalahan anda.

Oh yaa, kalau doktor  ada advise untuk dapatkan vitamin atau suplemen pelengkap nutrisi yang selamat dan tulen, yakni Shaklee, jemput hubungi saya.

wpid-wp-1475890584929.png

Selamat Berjaya !

Siti Marlina binti Badaruddin
Shaklee ID 859745

016-350 5456 

No comments:

Post a Comment