Friday, October 14, 2016

Tips Tingkatkan Sistem Imun Untuk Mencegah Jangkitan

Untuk entry kali ini saya ingin berkongsi tips untuk meningkatkan imuniti kita supaya dapat kurangkan jangkitan penyakit dikalangan ahli keluarga kita. 
1. Protein yang mencukupi

Banyak sudah dalam entry saya sebelum ni yang mengaitkan protein dengan sistem imun. Salah satunya
kerana binaan sistem pertahanan badan sendiri yang memerlukan protein. Kedua, jika diet anda rendah protein tetapi tinggi karbohidrat, gula yang tinggi dalam darah akan memberi tekanan kepada pankreas dan sistem imun badan kerana gula menjadi medium untuk pembiakan bakteria. Jadi sangat penting untuk mendapatkan protein secukupnya dalam diet. 



2. Kurangkan gula

Seperti saya sudah jelaskan diatas, gula adalah medium untuk bakteria membiak jadi sistem imum harus melakukan tugas yang berat. Anda sendiri boleh lihat perubahan pada diri sendiri dengan mengurangkan pengambilan gula dari segi paras tenaga, berat badan, sistem imun dan keupayaan berfikir menjadi lebih baik. Tak percaya, cuba lah.


3. Tidur dan rehat secukupnya 

Kerana sel-sel badan diperbaharu ketika kita tidur jadi kalau tidur tak cukup, sel pon tidak sempat
diperbaharu.




4. Makan buah-buahan dan sayuran mentah



Seperti yang kita tahu dalam makanan ini terdapat banyak vitamin dan antioksida. Vitamin C terutamanya adalah penting untuk meningkatkan sistem imun dan mudah rosak dalam suhu yang tinggi. 




5. Bernafas dalam-dalam

Salah satu sistem yang penting dalam sistem imun ialah sistem limfa yang membantu dalam pembuangan sel-sel mati atau kuman yang telah dibunuh. Cara paling mudah untuk merangsang sistem ini adalah dengan bernafas dalam-dalam. Sama ada masa senaman ke, yoga ke, sesaja nak bernafas ke, sukahati lah. Yang penting tarik nafas dalam-dalam.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, dan semoga kesihatan sentiasa sihat setiap.

Hubungi saya untuk sebarang kemusykilan

Siti Marlina binti Badaruddin
Shaklee ID 859745
sms/ whatsapp 016 350 5456

No comments:

Post a Comment