Friday, June 17, 2016

Kebaikan dan Kepentingan Vitamin C

Vitamin C atau ascorbic acid adalah nutrient yang tidak dihasilkan oleh sistem tubuh kita, jadi ianya perlu diambil melalui diet seharian. Dan ia adalah vitamin larut air, maksudnya tubuh kita tidak dapat menyimpan vitamin C sepertimana glucose yang disimpan dalam bentuk glycogen.

Sebab itulah kita disarankan mengambil makanan yang kaya dengan vitamin C setiap hari, antaranya :

oren
strawberi
betik
kiwi
lemon
tomato
brokoli
kobis ungu
capsicum
lemon

Vitamin C adalah antara nutrien yang penting, selamat dan efektif untuk menjamin kesihatan yang menyeluruh. Menurut Mark Moyad, seorang doctor dari Uni of Michigan, yang membuat kajian berkaitan vitamin C, “Semakin kita mengkaji Vitamin C, semakin kita faham bahawa Vitamin C bermanfaat kepada kita dalam pelbagai sudut, termasuklah sistem kardiovaskular, kanser, strok, kesihatan mata dan sistem imuniti.”


Berikut saya kongsikan betapa bermanfaatnya Vitamin C kepada kesihatan kita:

Antioksidan

Vitamin C bertindak sebagai pelindung daripada molekul berbahaya yang dipanggil radikal bebas termasuklah asap rokok dan pencemaran udara. Radikal bebas ini lama-kelamaan akan merosakkan DNA dan menukarkan sel sihat kepada sel kanser. Selain itu, radikal bebas ini turut menyumbang kepada penuaan, penyakit jantung dan artritis.

Antioksidan bertindak menghalang kerosakan yg disebabkan radikal bebas
Antioksidan bertindak menghalang kerosakan yg disebabkan radikal bebas
Demam dan asma

Pengambilan Vitamin C pada hari kita jatuh selesema tidak akan merawatnya serta merta, namun jika diambil secara berterusan, mampu mengurangkan frekuensi, tempoh masa dan demam kita lebih mild jika dibandingkan dengan tidak mengambil vitamin C. Menurut kajian, ia turut mengurangkan risiko untuk sakit yang lebih kronik seperti asma, pneumonia dan jangkitan paru-paru.


Membentuk kolagen

Tanpa vitamin C, kolagen tak dapat dihasilkan. Kolagen adalah sejenis protein antara beribu protein dalam tubuh kita. Ianya teramat dan paling banyak diperlukan dalam pembentukan kulit, jantung, salur darah, tulang, gigi, gusi, mata, senang kata seluruh badan kita memerlukan kolagen. Untuk memastikan kesemua sel dan organ kita berfungsi secara optimum, sistem tubuh kita akan membuang dan mengganti sel rosak dengan sel baru. Sebab itulah penting untuk kita menghasilkan kolagen yang cukup, dengan pengambilan vitamin C secara berterusan.


Meningkatkan imuniti

Vitamin C diperlukan untuk meningkatkan penghasilan sel darah putih iaitu barisan pertahanan yang akan bertindak melawan virus-virus yang menyerang badan kita. Ketika jatuh sakit, sel darah putih dalam badan akan berkurang, sebab itu disarankan untuk menambah dos vitamin C untuk menaikkan kembali sel darah putih dan  sistem immuniti kita akan lebih kuat dan efisen.


Baik untuk kulit

Vitamin C dengan sifat antioksidan, melindungi kulit kita daripada radikal bebas dan sinaran UV yang boleh merosakkan kulit. Selain membantu mengurangkan kedutan dan menganjalkan kulit, vitamin C juga turut merawat luka supaya cepat sembuh. Dan kesemua efek ini lebih mantap jika vitamin C dan E diambil bersama.


Kurus

Mengikut kajian yang dibuat oleh sekumpulan penyelidik daripada Arizona State University, vitamin C diperlukan untuk memecahkan lemak yang tersimpan dan menukarnya kepada tenaga. Kalau sebelum ini kita kurang mengambil vitamin C, mungkin ini dapat menjelaskan mengapa kita masih tak kurus sedangkan dah banyak bersenam ?


VITAMIN C TERBAIK


Vitamin tambahan untuk pesakit kencing manis

Berdasarkan kajian yang disediakan oleh National Center for Complementary and Integrative Health (NCCIH), Pengambilan insulin bersama-sama vitamin C akan meningkatkan sensitiviti terhadap insulin dan meningkatkan fungsi saluran darah, seterusnya mengurangkan risiko untuk mendapat penyakit yang lebih kronik akibat diabetes.



Kannn.., memang banyak pun kebaikan vitamin C ni untuk kesihatan kita, lebih-lebih lagi sekarang adalah musim panas dan kering, kulit kita terdedah kepada sinaran UV yang terik dan kita juga mudah jatuh sakit.

Jadi, pastikan anda dan keluarga mengambil makanan yang kaya dengan vitamin C setiap hari. Ataupun, dapatkan sahaja Vit C Sustained Release daripada Shaklee. Hanya sebiji sehari untuk kesihatan yang lebih baik, untuk anda dan keluarga.

Jangan lupa hubungi saya, pengedar Shaklee anda!


Siti Marlina binti Badaruddin
Shaklee ID 859745

016 350 5456 
simply4mama@gmail.com

No comments:

Post a Comment