Friday, October 9, 2015

Omega-3 dan Glukosamin: Penawar Sakit Sendi



sendi tulang

Perbezaan sendi sihat dan sendi yang mengalami masalah osteoarthritis. 

Apabila rawan telah rosak dan bendalir sendi tiada, menimbulkan keadaan yang tidak selesa dan menyakitkan.

Osteoarthritis adalah penyakit yang tidak asing lagi dikalangan warga tua. Akibat pelincir dalam sendi yang semakin kurang, mereka sering mengadu sakit lutut terutamanya dan juga sakit sendi yang lain. 

Biasanya mereka akan mencari suplemen glukosamin yang berkesan mengembalikan bendalir di dalam sendi dan mengurangkan kesakitan akibat osteroarthritis, namun kajian terbaru dari Jerman mencadangkan gabungan glukosamin dan omega-3 adalah pilihan yang lebih baik. 

Saintis telah mengumpul seramai 177 orang yang menderita penyakit osteoarthritis pinggul dan lutut yang daripada peringkat sederhana hingga peringkat yang teruk. 2 kumpulan telah dibentuk. Kumpulan pertama dirawat dengan glukosamin (1,500 mg setiap hari) sahaja manakala kumpulan kedua dirawat dengan gabungan glukosamin dan omega-3 (200mg omega-3 melalui suplemen minyak ikan). Selepas 26 minggu, tahap kesakitan diukur melalui skor kesakitan (WOMAC)

Keputusan menunjukkan walaupun kedua-dua kumpulan mengalami pengurangan kesakitan sekurang-kurangnya 20%, namun lebih 27% orang dalam kumpulan 2 mengalami 80% pengurangan kesakitan. Tambahan lagi, gabungan kedua-dua bahan ini mengurangkan sendi yang mengeras pada waktu pagi pada pinggul dan lutut sebanyak 48.5% dan 55.6% berbanding 41.7% dan 55.3% dalam kumpulan glukosamin sahaja. 

Menurut saintis yang menjalankan kajian ini, disebabkan sifat omega-3 yang anti radang, maka ia bertindak untuk mengurangkan keradangan dalam sendi yang mengalami osteoarthritis kerana itu mereka melengkapkan fungsi masing-masing apabila glukosamin membekalkan bahan untuk membaiki rawan sendi yang rosak.
untuk sendi

+
ostematrix
=
UNTUK KESIHATAN SENDI OPTIMUM



Hubungi saya untuk dapatkan vitamin-vitamin yang hebat ini

Siti Marlina binti Badaruddin
Shaklee ID 859745

016 350 5456
(sms. whatsapp)

No comments:

Post a Comment