Tuesday, June 23, 2015

Haid Tidak Teratur & Cara Mengatasinya

Banyak perkara yang berlaku dalam hidup seseorang wanita menjadi igauan ngeri. Antaranya ialah masalah haid. Masalah haid tidak teratur, sama ada lambat datang haid, kerap datang haid atau pendarahan yang banyak. Semua pun menjadi masalah. 

Masalah haid tidak teratur bukan lagi menjadi masalah terpencil lantaran kehidupan moden yang memberi tekanan berlebihan terhadap wanita. Tekanan bertambah apabila haid tidak teratur ini menjadi penyebab kesukaran mendapat anak. Tidak kurang juga yang menganggap diri ‘tidak cukup wanita‘ kerana mengalami masalah ini.

Kitaran haid tidak teratur pastinya menjadi igauan utama mereka yang inginkan kehadiran cahaya mata. Walaubagaimanapun, masalah ini turut mengganggu kestabilan emosi mereka yang belum berkahwin.




menstrual cycle
Perubahan hormon dalam kitaran haid boleh menyebabkan haid yang tidak teratur. 

Kitaran haid mempunyai 2 fasa. Fasa pertama iaitu fasa folikel yang berlaku dalam ovari. Ketika ini, folikel yang mengandungi ovum akan menjadi matang biasanya akibat rembesan hormon follicular stimulating hormon (FSH) dan merangsang perembesan hormon estrogen oleh folikel untuk memastikan penebalan tisu endometrium. Apabila folikel sudah matang dan membebaskan ovum, tibalah masa ovum untuk merentasi tiub fallopian dan melekat pada dinding uterus. Proses ini dipanggil ovulasi yang dirangsang oleh leutinizing hormon (LH) Folikel tadi akan terus merembeskan estrogen dan akibat peningkatan LH, hormon progesteron akan dibebaskan. Hormon ini memastikan dinding endometrium terus menebal. Jika persenyawaan tidak berlaku, penghasilan hormon wanita akan terhenti dan endometrium runtuh sebagai darah.  Kemudian, kitaran itu akan diteruskan dengan kematangan folikel yang lain pula. 

Secara purata, kitaran haid yang lengkap adalah 4 bulan, namun mungkin berbeza-beza antara 3 hingga 5 minggu. Ada juga wanita yang kitaran haidnya tidak pernah tetap. Jika kitaran haid anda antara 3 hingga 8 minggu dan pendarahan kurang 1 minggu, bukanlah sesuatu yang perlu dirisaukan. Tapi, jika pendarahan lebih kerap daripada setiap 3 minggu ataupun tidak haid selepas 8 minggu mungkin anda perlu berjumpa doktor untuk mengesahkan sama ada anda mempunyai masalah hormon.

Sumber: Ask Your Gyanecologist : R. Scott Thornton, MD & Kathleen Schramm, MD
Info am : Tidak seperti bayi lelaki yang boleb menghasilkan sperma sampai lanjut usia, bayi perempuan telah dilahirkan dengan sejumlah 1-2 juta telur.  Melalui proses yang dipanggil pengecutan folikel, mereka kehilangan sejumlah besar telur dan semasa baligh hanya tinggal 300,000-400,000 telur sahaja. Sepanjang hidup sehingga menopause kira-kira 400 telur sahaja akan diovulasi. Kebanyakannya juga hilang melalui haid. Walaupun setiap bulan kira-kita 20 telur matang, namun hanya satu akan dibebaskan untuk disenyawakan.

Masalah tidak datang haid atau amenorhea dalam istilah perubatan boleh dibahagi kepada 2 jenis, iaitu primary amenorrhea dan secondary amenorrhea. Primary amenorrhea ialah apabila seseorang gadis tidak pernah haid walaupun sudah berusia 16 tahun. Biasanya disebabkan oleh masalah kelenjar hormon yang mengawal sistem pembiakan wanita. 

Secondary amenorrhea pula ialah apabila seorang wanita pernah datang haid, namun tiba-tiba adalah masalah berlaku menyebabkan tidak haid. Antara sebab secondary amenorrhea ialah : 

  • Penambahan atau pengurangan berat badan secara mendadak. 
  • Senaman yang berlebihan atau wanita yang terlalu aktif
  • Pemakanan yang tidak sihat, iaitu diet yang terlebih karbohidrat
  • Merokok
  • Penyalahgunaan dadah
  • Pengambilan kafein berlebihan
  • Pengambilan alkohol
  • Masalah pemakanan (eating disorder)
  • Tekanan perasaan
  • Sindrom ovari polisistik (PCOS)
  • Masalah dalam rahim (fibroid, polyps, sista atau endometriosis)
  • Ubat-ubatan tertentu atau kemoterapi.
  • Mengandung
  • Menyusukan bayi
  • Keguguran

Perkara-perkara diatas boleh mempengaruhi keseimbangan hormon wanita dan menyumbang kepada masalah kitaran haid. Namun ajaibnya badan kita, jika dibekalkan dengan nutrisi yang secukupnya untuk keperluan sel, badan sendiri yang akan membaiki sistem yang bermasalah ini.

Berikut adalah cadangan suplemen untuk wanita yang mengalami masalah kitaran haid. Tapi kena ingat, suplemen ni bukan macam ubat doktor bagi yang boleh berkesan dalam masa yang singkat. Kebiasaannya anda memerlukan 4-5 bulan untuk membaikpulih sel badan dengan suplemen.

  • Multivitamin – Vitamin asas yang diperlukan oleh sel. Disebabkan pemakanan yang tidak seimbang dan pengambilan makanan segera yang boleh merosakkan sel, maka disyorkan wanita mengambil suplemen multivitamin setiap hari untuk mencukupkan keperluan nutrisi.
  • Vitamin B complex-  Vitamin ini dikenali juga sebagai vitamin anti-stress kerana digunakan oleh tubuh untuk membaiki kerosakan sel akibat stress. Stress juga merupakan salah satu faktor yang mengacau kelancaran hormon wanita.
  • Magnesium – Mineral ini telah dikelaskan sebagai ‘penenang semulajadi’, jadi ia adalah penting dalam diet sesiapa yang mengalami haid yang tidak teratur. Malah, sesiapa sahaja yang sentiasa sibuk akan mendapat manfaat daripada tambahan magnesium. Tekanan sering faktor dalam ketidakteraturan haid, dan mineral ini dapat membantu dalam keseimbangan gaya hidup yang tertekan.
  • Antioksidan- Seperti yang sudah saya terangkan dalam entry sebelum ini, radikal bebas adalah penyebab utama kerosakan sel. Jadi, dengan meneutralkan radikal bebas, antioksida dapat menghalang pembentukan sel yang tidak normal.

Atasi masalah hormon dan kitaran haid dengan GLA Complex dan ESP Shaklee




GLA Complex Shaklee mengandungi GLA (Gamma Linolenik Asid) dan sunflower oil. GLA merupakan salah satu asid lemak Omega-6 yang bersifat antiradang. Walaupun bukti saintifik menunjukkan GLA boleh membantu dalam sindrom PMS dan menopause adalah lemah, namun ramai yang mengakui bahawa GLA membantu mengurangkan sakit payudara ketika haid. Oleh sebab itu, GLA tetap menjadi pilihan wanita untuk memelihara kesihatan sistem pembiakan, terutama sepanjang kitaran haid setiap bulan. Asid lemak Omega-6 berfungsi membentuk prostaglandin iaitu hormon yang membantu badan mengawalatur proses-proses yang menyebabkan keradangan. Minyak benih bunga matahari adalah satu lagi sumber asid-asid lemak Omega-6.
Antara Kelebihan lain GLA Complex ialah:
  • Membantu mengawal dan mengatur hormon yang terlibat dalam kitaran haid
  • Membantu meningkatkan kesuburan
  • Melegakan PMS (sindrom pra-haid)
  • Membantu dalam menangani simptom menopause
  • Menguatkan kuku dan rambut
  • Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
  • Membantu menangani ekzema
  • Melegakan kesakitan akibat artritis reumatoid
  • Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding salur darah
  • Menguatkan imuniti tubuh
  • Memperlahankan proses penuaan (awet muda)
  • Mengurangkan darah beku dalam salur darah yang boleh menyebabkan serangan jantung
  • Mengawal kencing manis dan darah tinggi
  • Mengawal kolesterol
  • Untuk fungsi saraf
  • Membantu menstabilkan hormon dalam badan dan mengatasi masalah kulit jeragat terutama bagi wanita selepas bersalin
  • Mampu mengecutkan cyst


ESP yang berasaskan soya adalah memang menjadi kontroversi sejak zaman-berzaman. Oleh kerana soya kaya dengan isoflavon yang berfungsi seperti hormon wanita, ada yang berpendapat soya boleh menyebabkan penyakit seperti fibroid, kanser rahim dan kanser payudara. Namun, terdapat juga pendapat yang mengatakan tindakan isoflavon adalah lebih lemah berbanding hormon wanita sendiri. Namun, bagi wanita yang mempunyai risiko untuk mendapat penyakit-penyakit diatas, atau pun memang menderita penyakit diatas, mungkin suplemen berasaskan soya tidak sesuai untuk anda. 

Isoflavon juga membantu dalam menurunkan kolestrol, mengelak osteoporosis dan risiko sakit jantung.


Seorang doktor perubatan turut menyarankan pengambilan suplemen untuk menangani masalah kewanitaan atau gangguan hormon ni. Ia juga penting untuk kesuburan suatu pasangan tu. Pengambilan suplemen perlulah istiqamah disertakan dengan kesabaran, usaha dan tawakkal kepada Allah swt.


Testimonial GLA Complex


KITARAN HAID TETAP DENGAN GLA

Testimoni 1

CYST MENGECUT DENGAN GLA
Testimoni 2



Jika hati dah terpaut pada produk Shaklee ni, cepat2 hubungi saya 


Siti Marlina binti Badaruddin
Shaklee Distributor ID859745
016 350 5456 (sms/ whatsapp)

No comments:

Post a Comment