Thursday, April 9, 2015

SET KURUS SHAKLEE YANG HOT!

Memang penurunan berat badan tidak disarankan berlaku secara drastik. Namun, adalah penting untuk mempunyai target yang betul dan jelas serta berada pada landasan yang betul. Apa itu landasan yang betul? Jika anda cuba menurunkan berat badan dengan sesuatu produk, adalah sangat penting anda mendapat konsultasi bagaimana cara makan yang berkesan. Jangan beli je, makan ikut suka tak jadi salahkan produk. Untuk anda yang memilih set kurus Shaklee saya ada dedahkan cara makan set kurus hot Shaklee untuk kesan yang mengagumkan.


set slimming shaklee

Produk dalam set kurus Shaklee
bertindak dengan 3 cara:

  • Herb-Lax / Alfalfa - menyahtoksik 
  • Omega Guard / Lecithin – membakar lemak
  • Energizing Soy Protein / Cinch Shake – membina protein
Untuk entry ini saya hanya ingin mendedahkan cara makan set kurus hot Shaklee, iaitu gabungan Lecithin dan Alfalfa Complex. Kenapa hot? Kerana harga yang sangat murah tapi sangat berkesan dan memang penjualannya sangat mengagumkan dikalangan masyarakat Malaysia.

Cara pengambilan set kurus hot Shaklee Lecithin dan Alfalfa.
Pengambilan alfalfa untuk kesan yang maksimum ialah 10 biji sehari. Namun dinasihatkan anda mengambil jumlah yang rendah untuk permulaan, contohnya 4 atau 6 biji sehari. Ini kerana alfalfa ialah tumbuhan herba yang mungkin tak sesuai untuk orang menghidap penyakit autoimun iaitu SLE.
Cara pengambilan set kurus hot Shaklee dengan berkesan ialah:

Pada peringkat awal, 4-6 biji alfalfa adalah disarankan.

Jadi 2-4 biji selepas makan tengahari dan 2-4 biji selepas makan malam.

Jika anda dapati, anda sudah selesa dengan alfalfa, boleh tambahkan dos 5

biji selepas makan tengahari dan 5 biji selepas makan malam untuk mencukupkan 10 biji.


6 biji lecithin sehari. 

3 biji selepas makan tengahari dan 3 biji selepas makan malam. Ini kerana lecithin adalah larut lemak, jadi lebih mudah diserap dengan adanya makanan:


Jangan lupa 3 LITER AIR SEHARI kerana alfalfa adalah penyerap air yang hebat


Cara makan set kurus Alfalfa + Herb Lax
2 biji Herb Lax tiga hari berturut-turut untuk cucikan dulu usus.
Teruskan 4 biji seminggu sekali. Sebab kalau makan Herb Lax memang konfem membuang lah, jadi lakukan lah waktu hujung minggu supaya selesa sikit, tapi anda boleh makan bila-bila nak makan tiap-tiap hari pun boleh kalau anda mempunyai masalah sembelit yang teruk.
10 biji alfalfa sehari
5 biji selepas makan tengahari dan 5 biji selepas makan malam
Jangan lupa 3 LITER AIR SEHARI kerana alfalfa adalah penyerap air yang hebat.

Pengambilan set kurus Shaklee Alfalfa dan Omega Guard

Selain membakar lemak dengan pantas dan berkesan, Omega Guard juga merupakan anti-radang yang boleh mengurangkan sakit akibat gout, mengurangkan buasir dan mencegah penyakit jantung. Namun jika anda sedang makan ubat pencair darah iaitu warfarin, Omega Guard mungkin boleh menyebabkan darah anda bertambah cair jadi bincang dengan doktor anda.

3 biji Omega Guard selepas makan malam. Omega Guard adalah larut lemak dan mudah diserap dengan makanan. Diambil pada waktu malam kerana kolesterol dihasilkan dengan giat pada waktu malam, jadi tentukan tindakan Omega Guard lagi berkesan jika diambil pada waktu malam.

10 biji alfalfa sehari
5 biji selepas makan tengahari dan 5 biji selepas makan malam

Jangan lupa 3 LITER AIR SEHARI kerana alfalfa adalah penyerap air yang hebat.

BINA OTOT


Bila lemak dah cair, kulit pula kendur. Takkan nak biar macam tu kan? Jadi langkah terakhir ialah membina otot. Otot yang banyak juga akan meningkatkan metabolisma dan secara tak langsung turut membakar lemak.
Sama ada anda memilih ESP atau Cinch Shake, kedua-duanya adalah sumber protein yang baik untuk memberikan anda rasa kenyang berpanjangan dan meningkatkan tenaga.
Cuma yang berbeza, Cinch Shake mengandungi sejenis asid amino ‘leucine’ yang menghilangkan lemak pada otot dan membantu mengekalkan jisim otot tanpa lemak. Maksudnya ada juga kes berat tidak menurun, tapi kalau ukur balik, lemak memang makin menipis.
Jika anda seorang yang ingin membina badan, maka CInch Shakes adalah yang paling sesuai. Namun, untuk ibu hamil dan ibu menyusu saya syorkan ESP kerana Cinch Shakes mengandungi kalori yang rendah.
Perlu ke makan semua ni? Oh Tidakk… anda boleh memilih salah satu produk daripada langkah-langkah diatas mengikut bajet anda.angan risau, hanya dengan lecithin anda mampu menurunkan berat badan? 
Pesanan saya, walaupun anda sedang makan produk untuk kurus Shaklee atau apa sahaja produk, anda juga perlu memastikan yang pemakanan anda adalah seimbang, perlu bersenam dan juga berhenti merokok.

Kalau anda masih berkeras nak makan juga makanan berlemak dan berminyak, ada penyelesaiannya kerana baru-baru ini Shaklee telah melancarkan satu produk yang dapat menghalang kolsterol daripada diserap. Maknanya kolesterol daripada makanan anda akan terus dibuang bersama najis. Inilah dia, Phytocol-ST.

Jika anda mempunyai pertanyaan mengenai masalah kesihatan, atau membuat tempahan, boleh hubungi saya :

Siti Marlina binti Badaruddin
Shaklee ID 859745
016 350 5456 (sms/ whatsapp)

No comments:

Post a Comment