Sunday, February 8, 2015

Tips 8 Makanan Untuk Berdiet

KURUS DENGAN SUP SAYUR

Makanan yang mengandungi banyak air akan memberikan kesan cepat kenyang anda. Khasiat yang ada pada sayur-sayuran pula membantu untuk mendapatkan tenaga, zat dan nutrien yang diperlukan oleh tubuh. Cara ini anda mampu mengelakkan diri dari makan secara berterusan.




DIET EPAL HIJAU

Sebiji epal dianggarkan mengandungi tiga gram serat. Serat membantu penghadaman dan dapat mengelakkan daripada sembelit. Serat juga membantu membersihkan sistem badan dan meningkatkan metabolisme. Epal hijau sesuai dijadikan makanan pilihan bagi mereka yg sedang berdiet kerana ia kaya dengan nutrien tambahan serta rendah kalori.




BAKAR KALORI DENGAN AIR SEJUK

Sesetengah berpendapat bahawa minum air putih atau air suam sudah mencukupi. Namun, ada pendapat lain mengatakan amalan ini boleh dipertingkatkan keberkesanannya dengan meminum air masak yang disejukkan terlebih dahulu. Amalan meminum lapan gelas air sejuk dalam sehari dikatakan membantu membakar 200 kalori, sama seperti berlari sejauh 4.8km




BUAH TIN HAPUS KOLESTROL JAHAT

Buah tin mengandungi kalsium, zat besi, vitamin B6, vitamin E, potassium dan kaya dengan serat yang tinggi. Vitamin dan mineral ini sangat diperlukan untuk menjaga dan memelihara kesihatan tubuh. Amalan makan buah tin dapat mengawal nafsu makan, mengurangkan kolestrol jahat dan seterusnya menurunkan berat badan.




JUS BUANG LEMAK

Pengambilan minuman pembuangan lemak ini semakin popular dalam kalangan mereka yang giat menurunkan berat badan. Minuman ini menggunakan buah-buahan yang kaya vitamin C seperti oren, limau nipis dan lemon yang membantu mengubah lemak kepada tenaga. Timun pula dapat membuatkan anda rasa kenyang dan seterusnya mengurangkan pengambilan makanan. Apabila toksin sudah dibuang, maka lebih mudah proses pembakaran lemak berlangsung ketika bersenam.





KENYANG DENGAN BIJIRIN

Bijirin adalah sarapan yang sangat baik untuk kesihatan. Jika anda mengambil bijirin sekurang-kurangnya lima kali dalam seminggu, ia dapat mengurangkan risiko obesiti dan diabetes berbanding sarapan dengan makanan lain. Bijirin ini mengandungi kalsium dan serat yang dapat membuatkan anda rasa kenyang.





REMPAH MEMBAKAR LEMAK

Ambil makanan yang berempah. Sesetengah rempah seperti cili,halia, lada hitam, biji sawi dan jintan manis didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak pada tubuh badan.





KURANGKAN MAKANAN BERKANJI

Kurangkan pengambilan makanan berkanji seperti mi, pasta atau roti. Anda digalakkan untuk melebihkan sayur-sayuran dalam setiap hidangan. Elakkan lemak dalam masakan. Amalan ini mampu membuang 100 - 200 kalori dan seterusnya mengurangkan berat badan.



Info: Kelab Diet


No comments:

Post a Comment