Friday, February 20, 2015

Kaitan SENGGUGUT Dengan Kesuburan WANITA

Senggugut atau juga dikenali sebagai 'Premenstrual dysphoric disorder' merupakan gejala yang sering berlaku ketika hadi oleh segelintir wanita. Umumnya, tanda-tanda yang boleh dilihat akibat senggugut ialah kesakitan yang melampau sebelum kedatangan haid. Kesakitan akan dirasai dibahagian ari-ari dan pinggang. Ia merupakan masalah biasa yang dialami oleh kebanyakan wanita ketika mereka meningkat remaja.

Bagaimana senggugut berlaku?

Kesakitan yang dirasai ketika datangnya haid adalah disebabkan oleh penguncupan dinding rahim yang amat kuat. Proses ini bertujuan bagi mengeluarkan ketulan darah haid yang bercampur dengan sedikit tisu daripada selaput endometrium. Darah ini perlu dikeluarkan melalui saluran pangkal rahim. Kebiasaannya, dinding rahim yang dimiliki  oleh seorang gadis remaja adalah masih sempit.


Masalah Senggugut Teruk Nak Patah Pinggang! Mak Aih, Nasib Dah OK from iReach HD on Vimeo.

Penguncupan dinding rahim yang begitu kuat disebabkan oleh sejenis hormon yang dikenali sebagai 'prostaglandin'. Prostaglandin' adalah daripada sejenis  kumpulan molekul  lipid yang berasal daripada asid lemak dan peranannya sangat penting di dalam tubuh. Setnkesan terhadap psikologi. Disebabkan itulah kesakitan terasa dan jika ia dihasilkan secara berlebihan maka terjadilah SENGGUGUT. "Prostaglandin" yang berlebihan akan mengakibatkan rasa mual, cirit birit, muntah serta sakit kepala. 

Oleh yang demikian, kehamilan dan kelahiran dapat membantu mengatasi masalah  kesempitan pada saluran rahim yang menjadi punca kepada senggugut.

Namun begitu, terdapat sebilangan kecil daripada mereka yang akan menghadapi masalah ketidaksuburan dan mudah keguguran sekiranya senggugut berlaku berterusan. Mereka ini kemungkinan besar mengidap penyakit "endometriosis" iaitu sejenis penyakit yg sering dikaitkan dengan masalah kesuburan. Namun pun begitu, kaitan ini hanya jika penyakit 'endometriosis' ini berada pada tahap serius. Tahap kesakitan senggugut tidak berkaitan dengan tahap keseriusan 'endometriosis'. Seseorg itu boleh mengalami senggugut yg teruk tetapi tahap 'endometriosis' hanya pada peringkat awal sahaja.

Lazimnya, kesakitan akan reda sebaik sahaja 2 atau 3 hari kemudiannya. Akan tetapi, jika 'endometriosis' ini merebak kemungkinan besar kesakitan tidak akan reda walaupun haid telah berhenti. 

Senggugut mempunyai cara kesakitan yang berbeza di mana sakit akan datang sebelum pendarahan bermula dan tertumpu di ari-ari atau pinggang belakang. Sakit  ini akan berterusan walaupun haid sudah berhenti. Kadangkala, terdapat juga gejala lain seperti kesukaran membuang air besar atau sakit semasa berhubungan kelamin.


Tahap Senggugut

Ada 2 jenis. 

Primer (Utama) -  disebabkan oleh penghasilan hormon 'prostaglandin' oleh badan. Kesakitan senggugut ini dirasai akibat berlakunya pengecutan rahim yang luar biasa kuatnya. Biasa berlaku kepada wanita remaja yang belum berkahwin. Ia menyerang pada hari pertama dan kedua kedatangan haid. Ini menunjukkan anda adalah subur. Senaman, nutrisi yang baik serta pengurangan tekanan juga merupakan beberapa amalan penting yg tidak harus dipandang ringan. Prostaglandin yang terhasil di dalam uterus menyebabkan otot2 rahim mengecut dan membantu uterus menyingkirkan darah kotor yang terbentuk hasil dari proses pengecutan sepanjang berlakunya haid.

Terapi yang sesuai untuk mengurangkan senggugut jenis ini termasuklah memperbanyakkan rehat, pemilihan nutrien yang baik serta melakukan senaman aerobik.

Terapi nutrisi termasuklah amalan diet sihat dengan pengambilan kalsium yang secukupnya iaitu kira-kira 1000mg sehari. Turut membantu adalah dengan pengambilan kira-kira 50mg-100mg vitamin B6 setiap hari.


vitamin senggugut
SET SENGGUGUT SHAKLEE

Sekunder - Senggugut sekunder berkait rapat dengan penyakit organik. Antaranya ialah penyakit dari uterus, saluran fallopio atau ovari. Senggugut jenis ini disebabkan oleh wujudnya sel endometrium di luar rahim (endometriosis) dan berlaku pendarahan di dalam perut. Ataupun jangkitan kronik yang menyebabkan senggugut datang pada usia lanjut dan berlanjutan sepanjangan kedatangan darah haid. Antara punca-punca berlakunya senggugut kedua ini ialah tumor serta tumbesaran yang tidak normal. Contoh penyakit lain yang tergolong di dalam senggugut jenis sekunder ini ialah kanser rahim dan jangkitan pada bahagian pelvik.

Endometriosis:
Satu keadaan di mana tisu-tisu endometrial ditemui di lain-lain bahagian badan seperti ovari dan tiub fallopio.

Fibroid:
Tumor atau ketumbuhan yang terbentuk sama ada di luar, dalam atau pada dinding uterus

Pelvik:
Jangkitan pada uterus, tiub fallopio atau ovari.


Kadangkala senggugut disertai dengan beberapa gejala iaitu:

- sakit kepala
- rasa loya
- muntah-muntah
- masalah penghadaman seperti cirit birit atau sembelit
- mudah pitam atau pengsan
- simptom pra-haid seperti pembengkakan di bahagian abdomen yang boleh melanjutkan tempoh haid.
- kesakitan yang dialami hanya akan berkurangan selepas dua atau tiga hari

Oleh itu jangan biarkan kesakitan senggugut menganggu rutin harian anda.. dapatkanlah Set Senggugut Shaklee dengan saya.. :)



Siti Marlina binti Badaruddin
Shaklee ID no. 859745
016 350 5456 (sms/ whatsapp)
 simply4mama@gmail.com

Order Set Senggugut

No comments:

Post a Comment