Friday, December 12, 2014

KOPI dan Status KAFEIN & Siapakah Yang Perlu Menjauhi KAFEIN?



Apa ada dalam kopi? 

Biji kopi mengandungi banyak kandungan kafein. Kafein bahan kimia asli dipanggil alkaloid iaitu satu kumpulan kimia dalam tumbuh-tumbuhan. 

Kafein adalah alkaloid paling lembut (tidak merbahaya). Kumpulan ini dipanggil xanthiness alkaloid yang lembut. Jika diambil minuman itu, anda akan dapat dua bahan iaitu kafein dan minyak meruap iaitu caffeinol. Minyak meruap bertindak memberi aroma dan ia juga memberi kesan pada perut. 

Kopi bukan satu bahan yang berkhasiat walaupun ia menjadi kegemaran ramai. Ia tidak mempunyai protein, vitamin atau mineral yang tinggi. kopi juga tiada kandungan lemak malah kalorinya sangat rendah.

Bagaimanapun, kandungan kafein dalam kopi lebih banyak berbanding makanan lain. Setiap secawan kopi mengandungi 100 miligram hingga 150 miligram serbuk kopi. Jika diambil tidak melebihi 1 gram (sekali ambil) ia tidak membahayakan kesihatan. bermaksud setakat 2 atau 3 cawan sehari tidak memudaratkan. kafein hanya akan membawa maut jika diambil sehingga 10gram (sekali ambil) iaitu dalam 100 cawan. Anda juga dinasihatkan mengelak minum kopi ketika perut kosong


SIAPAKAH yang perlu menjauhi KAFEIN?


Mereka yang mengandung dinasihatkan kurang mengambil minuman mengandungi bahan-bahan kimia termasuk kafein.

Wanita yang menyusukan anak.

Pesakit yang mempunyai tekanan darah tinggi. Jika mengambil kafein berlebihan akan timbul kerisauan dan bergetar dihujung jari (gigil dihujung jari).

Pengidap gastritis (bengkak di saluran usus). Ini kerana kefein merangsang kebengkakan membuatkan anda terasa sakit perut. Kafein bertindak merangsang lebih banyak asid dikeluarkan dalam perut.

Pengidap darah tinggi dan masalah jantung juga tidak digalakkan mengambil kafein kerana ada kesan  mempercepatkan degupan jantung.

Tekanan (stress) - lebih baik elakkan minum kopi kerana ia akan bertindak mengeluarkan hormon yang mampu myang meningkatkan tekanan darah.

Mereka yang mengidap insomnia (sukar tidur)




No comments:

Post a Comment