Wednesday, December 3, 2014

Petua Memasak Untuk BERDIET

Jom kita masak cara sihat! Mcmana? Ok kat sini Lina senaraikan beberapa Petua Memasak Untuk mereka Yang BERDIET:


  • Tos minyak berlebihan selepas anda mencelur, membakar atau memasak makanan yg berlemak.


  • Jangan menyapu makanan dengan lemak/ minyak yg menitis. Gunalah air buah-buahan, air perapan atau lain2 bahan yg tidak berlemak/ berminyak.


  • Lebih baik mencelur, membakar, merebus dan mengukus makanan daripada menggoreng.


  • Buang semua lemak yang kelihatan pada daging yg akan anda masak, dan buang semua kulit dr ayam.


  • Guna keju rendah lemak, mozzarella yg diperbuat dr susu separuh skim dan lain2 keju tanpa lemak.

Ok semua.. selamat beramal 😊

No comments:

Post a Comment