Tuesday, November 11, 2014

Soalan popular dari 'breastfeed mother'


Cara Tambah Susu Badan Supaya Tak PANIK Anak Menangis Kelaparan from iReach HD on Vimeo.
Hari ini saya nak sharing soalan-soalan yang popular ditanya oleh Mommy2 breastfeed yang mengamalkan vitamin Shaklee. Antara soalan yang menjadi kelazimannya adalah:

Berapakah maksimum pengambilan alfalfa dalam sehari?

Maksimum pengambilan alfalfa ialah 10 biji sehari, namun bukan makan sekaligus ya. Untuk permulaan, anda cuma perlu makan 2 biji sehari sahaja (untuk minggu pertama biasanya). Kemudian, anda boleh tingkatkan pengambilan alfalfa sedikit demi sedikit. Kebiasaannya, pengambilan alfalfa untuk ibu-ibu menyusu antara 2 - 6 biji sehari (2 biji setiap kali makan). Pastikan anda minum air putih secukupnya untuk mengurangkan rasa dahaga dan panas kesan pengambilan suplemen ini.


Bolehkah saya minum susu bersama vitamin-vitamin ini?

Boleh. Walaubagaimanapun, untuk suplemen Vita-Lea, elakkan mengambilnya bersama susu. Ini kerana kalsium (daripada susu) boleh mengganggu penyerapan zat besi (iron)



Bolehkah saya makan suplemen ini ketika menstrual (period)?

Boleh, malahan sangat digalakkan kerana pengambilan suplemen membantu mengurangkan beberapa simptom sebelum dan ketika menstrual. Sebagai contoh, pengambilan Vitalea membantu mengelakkan anaemia kerana mengandungi zat besi. Ostematrix pula membantu anda maintain pengeluaran susu ketika period, selain membantu anda untuk kekal bertenaga dan mengurangkan period pain. Pengambilan vitamin B Complex pula membantu mood yang stabil semasa menstrual.



Saya tidak mengepam terus selepas makan suplemen ini, bolehkan saya jarakkan pengambilan 2 biji alfalfa selepas pengambilan vitamin ( Vitalea, B Complex, Vitamin C) dan mengepam selepas itu?

Boleh. Juga pastikan anda mengepam/ direct-feed sehingga breast betul-betul kosong ya. (ini penting untuk mengelakkan clog duct)


Jika saya tidak benar-benar mengosongkan dan terus mengamalkan alfalfa, adakah ia akan memberi sebarang kesan?

Tidak. Tetapi kemungkinan besar anda tidak akan mendapat hasil maksimum seperti yang diinginkan. Kekerapan mengosongkan payudara adalah antara kunci penting dalam penghasilan susu badan.



Bilakah waktu terbaik pengambilan Ostematrix? Selepas dinner atau sebelum tidur?

Sebelum tidur untuk kesan penyerapan yang optimum, kerana tubuh kita kurang menyerap air ketika ini. Pengambilan Ostematrix ini juga membantu tidur yang lebih lena (kalsium) dan bangun dengan lebih cergas. InshaAllah.


EBM saya kelihatan lebih pekat dan kekuningan (kehijauan). Adakah ini normal?

Ya, ia adalah normal. EBM kelihatan lebih pekat kesan pengambilan alfalfa yang kaya dengan protein. Pengambilan vitamin-vitamin lain tadi juga turut menyumbang kepada pertambahan kepekatan EBM. Efek kekuningan @ kehijauan pula adalah kesan daripada unsur riboflavin di dalam B Complex.

Kesan yang sama turut dilihat kepada urin anda yang bertukar menjadi warna seakan kuning fluorescent. Warna kuning yang pekat menandakan bahawa tubuh anda kekurangan air, jadi pastikan anda minum air secukupnya ya.


Saya @ baby demam selepas pengambilan vitamin Shaklee.

Ini dinamakan HEALING CRISIS. Anda boleh baca penjelasan lanjut di entry ini .

Alhamdulillah. Jika ada persoalan-persoalan lain, jangan segan-segan untuk bertanya ya. Selalu saya tekan kepada customers saya, 'jangan senyap aje kalau ada problem' ;-)

  1. Sentiasa mengosongkan payudara setiap 3 jam sekali (atau minimum 6 kali sehari tidak termasuk sessi direct-feeding). Jangan tunggu sehingga payudara bengkak baru nak pam.
  2. Minum air tidak kurang 3 liter sehari.
  3. Doa yang berterusan. Ingatlah bahawa sesungguhnya rezeki itu datangnya daripada ALLAH swt.
 

SET PENYUSUAN IBU & ANAK SIHAT, KUAT & CANTIK

http://simply4mama.blogspot.com


Happy breastfeeding!


Siti Marlina binti Badaruddin
Shaklee ID 859745
016 350 5456 
sms/ whatsapp
simply4mama@gmail.com



No comments:

Post a Comment