Monday, October 20, 2014

Antara Vitamin Semulajadi dan Sintetik dan Mengapa

Hi semua!! dah breakfast? jangan lupa makan vitamin selepas breakfast ya.. kalau Lina suka mulakan hari dengan segelas ESP... so breakfast agak lambat sikitlah sebab ESP ni buat Lina kenyang.. tapi tetap bfast selepas 1 jam minum ESP. Biasanya Lina ambil breakfast makan yg simple2 jer..contohnya biskut kering atau roti bakar sapu butter.. (tak nak gemoklah katakan..) hehe

Selepas breakfast, lina akan telan

*VITALEA 1 biji (untuk tenaga bior laju sikit buat kerja.. :))
*VIT C 1 biji (kuatkan imun dan nak kulit cantik)
*OSTEMATRIX 2 biji (sebab lina tak suka minum susu)

Nak tahu Vitamin apa yg Lina makan selepas makan tghari, malam dan sebelum tido? haaa nanti Lina share ya.. pagi ni nak cerita tentang jenis2 Vitamin yg ada kat pasaran.. ada 3 jenis tau..

Jangan risau.. vitamin yang kita dok telan hari2 ni (Shaklee) adalah dalam kumpulan VITAMIN SEMULAJADI.. itulah yang TERBAIK!



SEMULAJADI
  • dihasilkan dengan pemprosesan yang seminima mungkin & kepekatan nutrien adalah dalam keseimbangan yang menghampiri kepada keadaan ia ditemui dalam alam semulajadi.
  • kos menghasilkannya lebih tinggi berbanding sintetik.
  • perlukan pelaburan yang tinggi dalam sumber semulajadi yang berkualiti.
  • kebanyakan
  • syarikat tidak menjual vitamin atau mineral semulajadi. Shaklee satu2nya yg berbuat demikian (Rujuk: A Consumer Report by Editors of Research Institute for Preventive Health Care)

LABEL "d" pada belakang botol Shaklee membuktikan Vit Shaklee adalah vitamin Semulajadi

MENGAPA KITA MESTI PILIH YANG SEMULAJADI?
  1. Enzim tidak alami perubahan melampau dalam pemprosesan oleh haba yang tinggi dan pelarut kimia yang keras.
  2. Tidak menggunakan Pengisi dan Pengikat yang keras yang menghalang penyerapan nutrien.
  3. Penyediaan bahan mentah dari sumber semulajadi yang berkualiti.
  4. Imbangan semulajadi dikekalkan sebaik mungkin.
  5. Semulajadi adalah disimpan dalam tisu badan lebih lama berbanding sintetik.
  6. Semulajadi lebih mudah ditukarkan oleh badan bagi menjalankan kepelbagaian fungsinya.


SINTETIK
  • nutrien yang dihasilkan dalam persekitaran makmal
  • paling murah. komponennya bahan kimia
  • kebanyakan makanan tambahan adalah dalam jenis ini
  • syarikat yang pentingkan keuntungan gunakan cara ini
  • biasanya dijual di farmasi
  • walaupun secara kimianya ia semulajadi tetapi dari segi strukturnya ia jauh berbeza
  • dari label - dilabelkan dengan huruf "I" berbanding huruf "d" bagi SEMULAJADI. (Rujuk: How to Understand Food Supplement Labels by Dr Bruce B.Miller)
**haaa balik nanti check botol vitamin anda.. pastikan ada label "d" bukannya "I'. Kalau vitamin Shaklee sudah tentu ianya berlabel "d"


MENGAPA ELAKKAN SINTETIK
  1. Tidak digunakan sepenuhnya oleh tubuh - struktur sistem enzim kita adalah untuk semulajadi, bukannya makmal.
  2. Percubaan untuk memadankan enzim tubuh kita dengan vitamin sintetik adalah seumpama memadankan tangan kanan anda ke sarung tangan kiri.
  3. Semulajadi lebih aktif dari segi biologi berbanding sintetik - 42% lebih berkesan dari sintetik.







Siti Marlina binti Badaruddin
Pengedar Shaklee Id no. 859745
016 350 5456 sms.whatsapp
simply4mama@gmail.com





2 comments:

  1. Vitamin pun ada yang sentetik dan semulajadi, kena berhati- hati ni. Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan.

    Jom terjah entri berkaitan:

    Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan

    ReplyDelete
  2. inilah sebabnya vitamin shaklee bagus untuk kesihatan, diperbuat daripada bahan semula jadi dan kualitinya dijaga rapi

    ReplyDelete