Monday, September 15, 2014

Kebaikan dan Khasiat Vitamin Penjagaan Sendi Advanced Joint Health Tablet Shaklee

Vitamin untuk kesihatan sendi (tulang rawan, ligamen, tendon dan cecair-cecari sinovia)

Bayangkan jika salah satu sendi gagal berfungsi, pastilah pergerakan jadi terbatas. Terutamanya kepada mereka yang aktif. Tak kiralah sama ada mereka yang aktif bersukan,  kerja yang banyak pergerakan  atau yang suka pada aktiviti lasak dan ekstrem kesihatan sendi wajib diambil serius. Jangan pandang enteng tau!




Sendi yang sihat bermakna tulang rawan, ligamen, tendon dan cecair-cecari sinovia (bendalir yang melicinkan sendi-sendi) iaitu komponen-komponen sendi; mendapat keperluan nutrisi dari yang mencukupi yang diserap oleh tubuh. Sendi yang sihat dan kuat dapat memberi keselesaan antara tulang temulang dan membantu menyerap hentakan dari impak fizikal.

Jom kita baca mengenai vitamin untuk kesihatan sendi

Advanced Joint Health Tablet Shaklee adalah makanan tambahan yang memelihara kesihatan sendi-sendi tubuh badan. Nak tahu info kandungan utama Joint Health boleh klik di sini.  Dalam tubuh badan kita terdapat beberapa sendi yang sering bekerja bagi memastikan setiap pergerakan dapat dilakukan. Sendi-sendi badan adalah:


Advanced Joint Health Tablet ini memberi manfaat kepada sendi melalui 3 cara:-

  • Menyokong keselesaan sendi (Ekstrak Boswellia) dengan menghalang pembentukan bahan kimia yang menyerang tulang rawan. Ekstrak Boswellia digunakan dalam perubatan Ayuveda untuk menyokong kesihatan sendi sejak berkurun lamanya,. bahan aktif utama ekstrak Boswellia ialah asid boswelik yang berfungsi sebagai anti-radang semulajadi.
  • Bertindak sebagai kusyen (Ekstrak jagung) membantu mengekalkan tulang rawan. Ekstrak jagung membekalkan satu sumber yang pekat dengan glukosamina yang berfungsi untuk meningkatkan sokongan kusyen sendi dan pemeliharaan tulang rawan. Glukosamina ialah blok binaan utama bagi membina tulang rawan dan lendir bagi melincirkan sendi. Ia juga ditemui dalam tendon dan ligamen.
  • Memelihara tisu penyambung yang sihat (zink, tembaga, mangan dan vitamin C). Sebagai nutrien pentinng dalam kesihatan sendi, zink, tembaga, mangan  dan vitamin C membekal sokongan nutrien untuk kolagen dan komponen tisu penyambung lain memberikan kekuatan dan struktur terhadap sendi.

Boleh rujuk pelbagai soalan popular (Q&A) mengenai Joint Health ini di sini

Tulang rawan menyusut secara semulajadi seiring dengan peningkatan usia. Tekanan fizikal yg berterusan dan bebanan boleh mempercepatkan kerosakan tulang rawan dengan mencetuskan pembebasan bahan kimia yang menyerang tulang rawan dan menyebabkan ketidakselesaaan sendi dan pergerakan terbatas. Untuk membaca testimoni pengamal vitamin Joint Health ini sila klik di sini.



Aktiviti biasa seperti membongkok, duduk dan berjalan menjadi begitu mencabar kepada mereka yang mengalami masalah sendi ini.  Pencegahan awal perlu demi masa depan kita. Sakit atau tidak bukan ukuran untuk kita tidak mendapatkan nutrisi sendi. Sendi kita semakin goyah seiring dengan peningkatan usia kita. Jadi sediakan payung sebelum hujan!

Joint Health Shaklee paling sesuai dijadikan buah tangan setiap bulan  kepada ibu dan ayah kita. So macam mana? Sayang tak emak dan abah kita? Mestilah sayang kan...

Siti Marlina binti Badaruddin
Shaklee ID859745
016 350 5456 (sms/ whatsapp)
simply4mama@gmail.com


No comments:

Post a Comment