Monday, August 18, 2014

Jerawat Gangguan Hormon

Adakah anda menghadapinya?





Meskipun bukan jenis penyakit yang membahayakan nyawa tetapi, jerawat amat mengganggu, membuat penampilan kurang menarik disamping rasa sakit, gatal-gatal dan bengkak yang merebak. Punca timbulnya jerawat sukar untuk dikesan. Dugaan kuat mengatakan kerana tidak seimbang hormon pada tubuh sebagai punca utama.

Misalnya, faktor endokrin atau hormonal, genetik atau keturunan, diet, emosi, kosmetik yang mengandungi bahan hologen, cuaca (panas/ sejuk). Munculnya jerawat bergantung ada atau tidaknya faktor-faktor itu.

"Orang yang mempunyai campuran faktor penyebab lebih senang diserang jerawat," kata pakar kulit dan kelamin Dr. Fisalma Mansjoer.


Hakikatnya, jerawat merupakan pembengkakkan dari unit Pilosebaceus dengan penyumbatan keratin. Pilo bermakna rambut, sebaceus kelenjar lemak, keratin zat tanduk. Kerana terlalu banyak faktor punca terjadi jerawat, maka cara mencegah atau menyembuhkannya semakin sukar.

Lantaran itu, untuk mencegah jerawat paling elok menjauhi semua faktor-faktor tersebut. Meskipun jerawat boleh sembuh tanpa ubat, ianya akan meninggalkan bekas atau parut yang tidak elok pada kulit. Itulah sebabnya, jerawat sebaiknya diubati.

Menurut Fisalma, faktor hormon mempunyai peranan penting dalam proses pembentukan jerawat. Kajian menunjukkan, kandungan pada kulit pengidap jerawat di temui tingkat hormon androgen lebih tinggi bila di bandingkan dengan kulit normal.


Di jangkakan hormon itu mempunyai tiga peranan penting dalam berbagai proses dalam tubuh.

Pertama: Proses pertandukkan sel epidermis

Kedua: Susunan (komposisi) sebum atau cairan lemak yang dihasilkan oleh kelenjar lemak. Ketiga: Permeabilitas saluran pilosebaceus.

Hormon-hormon lain yang juga mempunyai akibat serupa. Misalnya, hormon, tiroid dan kortison. Ubat jenis kortikosteroid mudah sekali menyebabkan timbulnya jerawat.

Ramai yang berpendapat bahawa jerawat merupakan penyakit keturunan (genetik), contohnya, ayah atau ibunya mengidap jerawat, maka kemungkinan besar anak-anak akan berjerawat. Pendapat ini tidak tepat dan silap.

Bukan jerawat yang diturunkan, melainkan distribusi kelenjar sehaceus atau kelenjar lemak. Andainya salah seorang dari mereka atau (ibu bapa) mempunyai banyak kelenjar lemak, maka keadaan itu boleh menurun kepada anak.


Suplemen Cadangan untuk jerawat gangguan hormon


 


simply4mama.blogspot.com

simply4mama.blogspot.com



GLA:  Mengandungi Omega-6 yang bersifat anti-radang yang membantu masalah kulit, melembapkan kulit 

ESP: Protein penting untuk pembentukan dan pembaharuan sel kulit, membentuk 'elastic fiber' untuk penegangan kulit


 
Siti Marlina binti Badaruddin
ID859745
016 350 5456 (sms/ whatsapp)

No comments:

Post a Comment