Thursday, August 21, 2014

'Healing Crisis' atau Krisis Penyembuhan

Pernahkah anda mengambil sesuatu produk dan tindakbalasnya adalah tidak seperti yang diharapkan oleh anda? Jangan gusar atau khuatir berkemungkinan besar itu adalah proses ‘healing crisis’ atau krisis penyembuhan.

Ramai yang masih tidak tahu tentang healing crisis. Sesuatu produk atau supplement yang terbaik untuk anda adalah yang memberikan tindakbalas kepada tubuh apabila diambil.

Apakah itu healing crisis? Atau dalam Bahasa Melayu Krisis Penyembuhan?

Ia berlaku apabila kita mengambil vitamin dari sumber semulajadi yang bertindak mengeluarkan toksin dan merawat kerosakan pada sel dan sistem dalam badan kita. Proses ini membuatkan seseorang itu berasa ‘tak sedap badan’ dan mungkin demam atau mengalami sakit pinggang atau sakit kepala yang teruk.

Ini adalah tindakbalas biasa bila badan kita nak mengeluarkan toksin.
Kenapa ia tidak berlaku bila kita makan ubat (makan ubat, terus sembuh), atau vitamin sintetik? Nah, analoginya seperti di bawah..

Bayangkan kereta kita mengalami masalah calar atau kemek, dan kita perlu mengecat kembali tempat yang calar itu. Pengambilan ubat seumpama kita sapu cat terus ke atas tempat calar tu. Kereta kita tak nampak calar, tapi ia nampak tak rata sebab kita cuma ‘tampal’ cat ke atasnya.

Berbeza dengan pengambilan suplemen, ia umpama kita kikis keluar cat yang rosak tu, dan mengecatnya kembali. Semasa proses mengikis cat, kereta kita nampak buruk, bertompok-tompok. Lepas tu bila dicat baru, kereta kita cantik kembali.



Begitulah tubuh kita apabila bertindakbalas dengan vitamin semulajadi. Untuk ‘mencantikkan’ sel dan sistem tubuh kita, semua yang tak cantik kena keluar dulu… seperti kereta yang nampak buruk bertompok-tompok, badan kita akan mengalami healing crisis yang mana antara lain mungkin merasa:
  • Pening
  • Mual
  • Badan panas
  • Demam
  • Sakit kepala
  • Sakit pinggang
  • Mengantuk
  • Muntah-muntah
  • Berpinar-pinar
  • Ulser
  • Rasa tak larat
  • Emosi terganggu
Dan sebagainya..

Jangan risau kerana ini petanda yang sangat baik.

Cara untuk mengurangkan simptom healing crisis:
  • Minum air yang banyak — air masak/air kosong
  • Cuba untuk berehat dan bertenang
  • Bersabar
  • Berdoa agar dipermudahkan
Insya-Allah, healing crisis tidak berpanjangan.. setelah semua toksin dikeluarkan dari sel-sel tubuh kita, ia akan mula ‘memperbaiki’nya. Hasilnya tubuh kita akan terasa lebih sihat, bertenaga, ceria dan cantik!

Untuk mereka yang baru nak amalkan vitamin, saya cadangkan adalah lebih baik anda DETOX dahulu sebelum anda mengambil vitamin untuk mengurangkan kesan 'healing crisis' tadi.


Hubungi saya untuk dapatkan Vitamin Shaklee yang semestinya SEMULAJADI, SELAMAT & BERKESAN

Siti Marlina binti Badaruddin
ID 859745
016 350 5456 sms/ whatsapp
 

 


No comments:

Post a Comment