Friday, June 13, 2014

Tips Tingkatkan Sistem Imun

Untuk memastikan sistem imun kita berfungsi pada kadar optimim anda boleh merujuk kepada beberapa langkah berikut:

1. Makan Dengan Betul

Jangan makan berlebihan.

Makan berlebiham boleh menyebabkan kegemukan dan membahayakan sistem ketahanan badan. Obesiti menghalang sistem ketahanan badan daripada berfungsi dengan baik. Justeru ini akan mengirangkan daya ketahanan terhadap jangkitan.

Jenis makanan yg dipilih juga tidak kurang pentingnya. Terdapat beberapa jenis nutrien dan makanan yg boleh mempertingkan sistem ketahanan badan seperti:-

Makanan yg kaya dengan Vitamin C seperti buah-buahan sitrus dan brokoli.

Makanan yg kaya dengan Vitamin E seperti kekacang dan bijirin.

Bawang putih, makanan yg kaya dengan zink seperti kekacang, ayam Belanda, ketam, tiram dan daging lembu.

Makanan yg mengandungi bioflavanoid seperti yg terdapat dalam buah2an dan sayur2an.

Makanan yg kaya dengan karotena seperti lobak dan keladi.

2. Bersenam Selalu

Senaman yg kerap dan konsisten boleh mengurangkan pengambilan cuti sakit anda. Wanita yg meluangkan masa 35 hingga 45 minit untuk berjalan kaki 5 kali seminggu selama 12 hingga 15 minggu mengalami pengurangan dalam bilangan cuti sakit berbanding dengan kumpulan kawalan yg kurang bersenam.

Walau bagaimanapun, senaman tidak semestinya yg berat untuk mendapatkan kesihatan yg baik. Malah, senaman yg sederhana mungkin mempunyai keputusan yg lebih baik.

3. Dapatkan Tidur Yang Secukupnya

Tidur yg cukup dapat merangsang dan menguatkan sistem ketahanan manakala kekurangan tidur mempunyai kesan yg sebaliknya. Kesan buruk terhadap fungsi sistem ketahanan badan yg ketara dapat dilihat selepas beberapa hari kekurangan tidur. Org dewasa secara puratanya memerlukan 7-8 jam masa tidur. Utk memastikan anda mendpt tidur yg berkualiti, elakkan daripada minuman berkafeina (seperti kopi dan teh) dan tembakau..

4. Menguruskan Tekanan

Hormon2 yg dilepaskan semasa tekanan kronik boleh meningkatkan risiko obesiti, penyakit jantung, kanser dan pelbagai jenis penyakit lain. Hormon tekanan ini boleh berfungsi dalam dua cara, sama ada menghapuskan sel darah putih (yg melawan penyakit) atau menghidupkan sistem keimunan hiperaktif yg boleh meningkatkan risiko menghidap penyakit auto imun.

Oleh itu, luangkanlah masa utk melepaskan stres beberapa kali seminggu seperti bersenam, menonton wayang, mengunjungi spa ataupun melakukan aktiviti yg anda gemari.

Siti Marlina binti Badaruddin
ID 859745
016 350 5456 sms.whatsapp




No comments:

Post a Comment