Sunday, June 15, 2014

Masalah Tekanan Darah Rendah Di Kalangan Ibu Hamil

Tahukah anda , selain masalah darah tinggi, tekanan darah rendah juga sering kali dialami wanita hamil? Kekerapannya boleh dianggarkan setiap satu daripada tiga wanita hamil boleh kesan mengalami masalah ini. Sungguhpun kondisi ini kerap berlaku, namun ia tidak seharusnya diambil ringan..


Mengapa? Jika dibiarkan  tanpa rawatan, seorg ibu hamil dengan tekanan darah rendah bakal mendapat komplikasi  sepanjang kehamilannya. Bukan itu sahaja, masalah kesihatan lain juga boleh terus berlanjutan biarpun selepas melahirkan.

Punca Mengapa Tekanan Darah Rendah boleh berlaku?

Tubuh kekurangan zat penting iaitu Zat Besi. Biasanya, kesan amalan diet tidak seimbang kurang zat besi, penyerapan rendah oleh badan, kesan sampingan ubat tertentu, hilang darah teruk serta genetik menjadi antara punca masalah tekanan darah rendah dihidapi ibu hamil.

Zat Besi (Iron) sangat penting dan perlu mencukupi . Ini kerana, zat besi akan bertindaksebagai salah satu komponen utama dalam sel darah merah. Ia akan menghantar oksigen ke seluruh tubuh bagi memastikan kelangsungan fungsi tubuh dan menyokong tumbesaran sempurna bayi dalam kandungan.

Disinilah timbul perkaitan kesan tekanan darah rendah. Ibu hamil yg mengalaminya akan kerap mengalami keletihan, lesu, pucat dan pitam dan anemia. Dalam keadaan lebih ekstrem, kekurangan zat ini membawa kepada keguguran, kelahiran pramatang, saiz bayi yang kecil, koma dan paling membinbangkan ialah kemungkinan ibu mahupun bayi meninggal dunia.

Maka sebab itu juga keperluan zat ini akan meningkat 50 peratus lebih banyak dari biasa utk terus menyokong dua nyawa iaitu ibu dan anak dalam kandungan.

Antara makanan yang tinggi zat besi yang boleh dijadikan sebagai diet harian adalah:
  • Ayam
  • Sayuran berdaun hijau
  • Kekacang
  • Bijirin
  • Buah-buahan kering seperti kurma, buah tin dan prun
  • Tembikai
  • Tauhu
  • Delima
Ibu hamil juga digalakkan untuk mengambil makanan tambahan atau suplemen seperti folat, kumprum, zink tambahan dan vit C untuk meningkatkan dan mempercepatkan lagi kadar penyerapan zat besi dalam badan.





Siti Marlina binti Badaruddin
ID 859745
sms/whatsapp 016 350 5456


No comments:

Post a Comment