Friday, March 28, 2014

Kesihatan Tulang dan Sendi

Tulang temulang kita merupakan kerangka yang menyokong tubuh, melindungi organ-organ penting, membantu dalam penyimpanan mineral dan juga pembuatan sel darah merah. Oleh itu adalah penting untuk mendapatkan tulang yang sihat, bukan sekadar osteoporosis sahaja…

osteoporosis

Gaya hidup yang tidak sihat (kurang bersenam, suka lepak tengok TV je, duduk depan PC saja) dan pengambilan nutrien yang tidak mencukupi boleh menyebabkan beberapa ancaman seperti osteoporosis dan osteoarthritis. Osteoporosis ni keadaan bila tulang menjadi kurang tumpat, dan biasanya ia mudah menyerang wanita. Ini kerana wanita mengalami kehilangan kalsium, dan memerlukan kalsium yang lebih semasa haid, hamil dan menyusukan anak. Bila tulang menjadi kurang tumpat, tulang mudah bengkok dan menjadikan seseorang itu bongkok.
Osteoartritis pula keadaan di mana tulang rawan di sendi-sendi rosak dan ‘haus’. Keadaan ini menyebabkan tulang-tulang tersebut berlaga  dan menyebabkan kesakitan, bengkak dan kejang.
Jadi, apakah yang boleh kita lakukan untuk mendapatkan tulang yang sihat?

1. Pengambilan nutrien yang seimbang

makanan seimbang


Untuk tulang yang sihat, kalsium memainkan peranan utama. Malaysia Recommended Nutrients Intake (RNI) menyarankan pengambilan 1000mg kalsium setiap hari untuk kesihatan tulang. Asid lemak Omega-3 sangat berguna untuk mengatasi masalah kesakitan sendi.

2. Senaman yang konsisten

Senaman membantu memelihara sendi dan keseluruhan pergrakan tubuh. Tapi, ramai yang kata susah nak cari masa untuk bersenam. Tahukah anda senaman untuk tulang adalah senaman yang kita buat setiap hari! Iaitu berjalan, berlari, panjat tangga, menari dan sebagainya.

3. Jauhi Rokok dan alkohol

merokok
Merokok dan mengambil alkohol mengurangkan keupayaan tubuh menyerap kalsium. Oleh itu tulang mengalami penyusutan dengan lebih cepat sebab penyerapan kalsiumnya terganggu.
Apa yang kami ada untuk membantu dan menyelesaikan masalah sendi tulang anda?
Tak perlu lagi makan maajun dan sebagainya tu.

ostematrix kalsium vitamin d

Ostematrix – menyediakan satu matrix unit nutrien kritikal termasuk kalsium, vitmain D, magnesium, kuprum, mangan, zinc dan boron.

omega 3 guard
Omega Guard – mengandungi asid lemak Omge-3 ultra tulen.


vivix

Vivix – antioksidan terbaik
Shaklee Ostematrix ni BUKAN SEKADAR KALSIUM! Ia mengandungi campuran semua bahan untuk tindakbalas kalsium.

Dapatkan Shaklee Ostematrix hari ini untuk diri anda dan insan tersayang…

Hubungi saya 
simply4mama@gmail.com









No comments:

Post a Comment