Tuesday, January 28, 2014

Jadual, Cara Makan dan Masa Yang Sesuai Makan Vitamin Shaklee

Lazimnya, soalan popular yang ditanya selepas membeli vitamin Shaklee adalah apakah jadual makan, bagaimana cara makan dan bilakah masa sesuai makan vitamin Shaklee?

Umumnya, di label yang ditampalkan pada botol setiap vitamin Shaklee telah diberitahu berapakah dos yang perlu diambil dalam masa sehari kepada semua. Tetapi sebenarnya kita juga perlu tahu apakah cara makan dan jadual yang tepat supaya kita akan mendapat hasil yang optimum?



Jadual dan Cara Makan Vitamin Shaklee Bagi Penyerapan Optimum

Kalsium bagus diambil selepas makan. Tetapi, tidak menjadi masalah sekiranya ingin diambil sebelum tidur seperti kita minum susu sebelum tidur. Magnesium seelok-eloknya diambil pada waktu sebelum tidur.

Pengambilan Zink bersama-sama makanan akan mengelakkan rasa loya dan ingin muntah.

B Complex diserap secara optimum pada waktu selepas sarapan pagi dan memberi tenaga sepanjang hari.

Ambillah Vitamin C pada waktu selepas sarapan pagi bagi mengelakkan sakit perut kerana kandungan asid askorbiknya boleh menyebabkan perut anda memulas-mulas.


Sila ambil perhatian. Elakkan telan bersama-sama:

Ostematrix dan Vitalea
Alfalfa dan Vita E
GLA dan Vit E

Masa sesuai makan vitamin

1. Sebaik-baiknya pengambilan vitamin dilakukan selepas makan supaya kadar penyerapan vitamin lebih baik dan optimum jika diambil bersama-sama dengan makanan.
 
2. Produk vitamin sustained released sangat “highly recommended” atau disyorkan untuk diambil sekali atau bersama dengan makanan supaya fungsi sustained released dapat dioptimumkan dengan nutrien yang dilepaskan secara perlahan dan berperingkat-peringkat.

3. Bagi memastikan penyerapan pada kadar yang paling optimum, ambillah vitamin dan mineral bersama-sama.

Tiada pantang larang atau masa yang khusus untuk menelan vitamin sebenarnya. Cuma, bergantung kepada kenapa anda ambil vitamin tersebut adakah untuk kecantikan, kesuburan, kecergasan dan sebagainya.

Saya sentiasa menekankan kepada diri sendiri dan rangkaian pengedar di bawah saya supaya memberikan yang terbaik dan konsultasi yang premium kepada para pelanggan supaya mereka mendapatkan hasil yang optimum sebanding dengan pelaburan yang telah dibuat oleh mereka. Saya dan rangkaian pengedar di bawah saya memang menjadikan perniagaan Shaklee sebagai mata pencarian premier dan kami memang akan berbisnes Shaklee sampai bila-bila. Oleh itu, hubungan kami dan para pelanggan memang sangat dititikberatkan sehinggakan hampir 60 peratus pelanggan saya akan menjadi ahli sama ada untuk makan sendiri atau menjadi pengedar Shaklee di bawah saya kerana hubungan yang erat sesama kami.
 
Buatlah pilihan yang tepat. Pilihlah pengedar Shaklee yang memberikan perkhidmatan yang terbaik dan premium untuk anda supaya lebih nilai untuk wang ringgit yang anda laburkan untuk kesihatan.


Hubungi saya utk sebarang pertanyaan dan pesanan:







 


No comments:

Post a Comment