Friday, August 2, 2013

Elakkan Stress untuk Mendapatkan Tubuh yang Sihat dan Slim

Apabila dilanda stress atau tekanan perasaan, kelenjar hormon kita mula bertindak di luar kawalan.

Langkah Pertama : Stress atau Tekanan Berlaku

Hypothalamus >> bertindakbalas ke atas stress dengan merembeskan corticotrophin-releasing hormone (CRH), yang mengalir ke kelenjar pituitari

Kelenjar pituitari >> Bertindakbalas terhadap CRH dan merembeskan adrenocorticotrophic hormone (ACTH)

Kelenjar adrenal >> Bertindakbalas ke atas ACTH dengan memenuhkan saluran darah dengan hormon stress, epinephrine dan kortisol


stress gemuk


Langkah Kedua : Adrenalin

Adrenalin menukarkan tindakbalas tubuh kepada:
  • Jantung berdegup laju untuk menghantar darah yang lebih banyak kepada otot dan organ
  • Tiub bronkial mengembang untuk menghantar oksigen lebih banyak ke otak
  • Salur darah menjadi sempit untuk membendung pendarahan sekiranya berlaku kecederaan
Langkah Tiga : Kortisol (kawan)

Kortisol dan adrenalin merembeskan lemak dan gula (glukos) ke dalam saluran darah untuk kegunaan saat kecemasan. Situasi ini amat diperlukan dalam keadaan seperti dikejar anjing, yang mana tiba-tiba kita mendapat kekuatan untuk berlari selajunya. Inilah yang sebenarnya yang berlaku bila kita tiba-tiba boleh melompat pagar yang tinggi bila dalam keadaan sedemikian.

Langkah Empat : Kortisol (kawan jadi lawan!)

Walau bagaimanapun, sekiranya stress berlaku bukan di saat kecemasan (stress harian yang disebabkan oleh kerja2 rutin, stress keluarga, bos yang menekan dan sebagainya), kortisol memberi isyarat kepada sel tubuh untuk menyimpan lemak sebanyak mungkin dan menghalang tubuh membakarnya menjadi tenaga. Kortisol yang tinggi merosakkan sistem metabolisma tubuh, lalu menyebabkan otot menjadi rosak, gula dalam darah meningkat, selera makan bertambah dan anda menjadi lebih gemuk! Yang lebih memburukkan keadaan, lemak-lemak cenderung berkumpul di bahagian abdomen dan dinding arteru, kerana lemak visceral mempunyai reseptor kortisol yang lebih banyak daripada lemak di bawah kulit.

Kesimpulannya, elakkan stress untuk mendapatkan tubuh yang sihat dan slim! Tetapkan diri dengan makanan seimbang, aktviti sihat, amal ibadat yang istiqomah dan latih pemikiran yang positif.

Stress juga boleh disebabkan oleh kekurangan Vitamin B Complex dalam tubuh. Dapatkan B Complex Shaklee yang mengandungi Vitamin B yang lengkap untuk meredakan dan mengelakkan stress.
  • Menurut University of Maryland Medical Center, Vitamin B5 berperanan untuk memulihkan kelenjar adrenal daripada kesan stress.
  • Menurut University of Texas Southwestern Medical Center, thiamine, riboflavin, and niacin berperanan untuk membantu dalam tekanan fizikal; manakala kolina dan inositol membantu memberi kesan tenang yang diperlukan oleh mereka yang stress.
b complex shaklee


Lengkapkan dengan Vitamin C untuk metabolisma hormon berkaitan stress yakni dopamine, kortisol, adrenaline, and noradrenalin.

Hubungi saya untuk membuat pesanan

Siti Marlina Badaruddin
ID859745
sms/ whatsapp 016 350 5456
simply4mama@gmail.com

No comments:

Post a Comment