Friday, July 19, 2013

Tips Mengurangkan Kehausan Ketika Berpuasa

Bulan puasa dah hampir masuk minggu ketiga. Rasanya tubuh badan kita dah boleh dapat dengan keadaan lapar dan dahaga disiang hari. Mungkin ada yg selalu terlepas waktu sahur, atau memang sengaja tidak bersahut masih mampu meneruskan puasa seperti biasa.

Bagi ibu-ibu yang menyusukan, masalah susu kurang, susu merudum dan kesusutan malah kehabisan stok susu ibu adalah masalah paling biasa dialami.

Masalah ini seiring dengan rasa dehidrasi yang dialami oleh ibu menyusukan anak. Dehidrasi yang teruk boleh menyebabkan tekanan darah rendah, letih, menggigil, rasa loya, pening-pening dan rasa haus yang melampau. Sekiranya keadaan ini berlaku, adalah lebih baik bagi seseorang itu berbuka puasa.

Bagaimana mengelakkan berlakunya dehidrasi melampau ketika berpuasa:

(1) Minum air kosong/suam sebanyak yang mungkin selepas berbuka puasa. Disarankan lebih dari 2 Liter. Kurangkan minuman yang manis. Dan pengambilan air perlulah berterusan bermula waktu berbuka sehingga waktu sahur. Bukannya minum 1Liter selepas berbuka, dan 1Liter lagi selepas makan sahur.

(2) Elakkan makanan yang berempah, pedas dan mempunyai kandungan garam dapat mengurangkan rasa haus kerana, garam yang tinggi menyebabkan air ditarik keluar dari sel seterusnya menyebabkan badan terhidrat. Manakala makanan yang berlemak yang tinggi ketika sahur mudah menyebabkan rasa lapar ketika berpuasa.

(3) Kurangkan aktiviti yang banyak mengeluarkan peluh di siang hari

(4) Sekiranya cuaca terlalu panas, basahkan kepala dengan air.

Disarankan utk memasukkan supplement ke dalam diet harian ketika berpuasa bagi mengisi kekurangan mana-mana nutrisi yang diambil sepanjang tempoh berpuasa. Pengambilan multivitamin adalah langkah permulaan yang terbaik.

Saya cadangkan pengambilan Set Breastfeeding dari Shaklee utk para ibu yang sedang menyusukan anak. Pengambilan Performance Drink juga membantu utk mengelakkan ibu berasa dehydrate dan lemah tak bermaya diwaktu siang.

Selamat meneruskan ibadah berpuasa

No comments:

Post a Comment