Wednesday, April 24, 2013

Milikilah Rambut Yang Sihat Dan Menawan Dengan ProSante Shaklee

Pertumbuhan rambut individu dewasa yang dipengaruhi oleh hormon seks iaitu androgen boleh mengalami fasa pertumbuhan di antara 2 hingga 6 tahun dengan kepanjangan kira-kira 0.35 milimeter (mm) sehari. Selepas fasa tersebut, proses pertumbuhan akan berehat untuk beberapa bulan.

Rambut yang sihat dan normal memiliki beberapa ciri khas seperti berkilat, mudah lentur, tidak mudah patah dan boleh menyerap air.

Keguguran rambut di antara 50 hingga 100 helai sehari adalah normal namun jika ia tidak dipantau, keguguran mungkin akan menjadi lebih serius lebih-lebih lagi jika individu tersebut berada dalam kelompok berisiko tinggi untuk botak.

Jika terdedah kepada persekitaran kotor dan berhabuk, kulit kepala yang sering gatal boleh mendapat jangkitan kuman atau alahan kepada bahan kimia.

Sekiranya dibiarkan tanpa rawatan, ruam akan timbul dan bagi kes serius, gelembung berisi air kesan daripada radang kulit akan terbentuk. Pada peringkat ini, individu tersebut boleh mengalami kebotakan serius.


Diet dan Kebersihan

Untuk mendapatkan rambut yang sihat, amalan mengambil makanan seimbang sangat penting.

Meninggalkan diet secara keterlaluan boleh menyebabkan keguguran kerana hampir 90% komponen rambut terdiri daripada protein. Diet yang tidak sihat dan kurang mengambil protein akan menjadikan rambut lemah dan mudah gugur. Banyakkan pengambilan zat seperti kalsium dan zink kerana ia boleh menyihatkan rambut.

Penjagaan kebersihan dan kesihatan rambut juga tidak boleh diabaikan. Rutin bersyampu sekurang-kurangnya 2 kali seminggu dan pemilihan sikat yang sesuai mampu mengurangkan risiko keguguran rambut.




Bagi yang menghadapi masalah keguguran rambut, ataupon rambut tidak sihat saya syorkan pengambilan Set A ( Vitalea, Vitamin C dan B-Complex) dan juga Vitamin E serta Zinc Complex. 

Rangkaian Hair Care Prosante juga membantu anda untuk menjaga rambut dari segi luaran. Lengkap dengan syampu, conditioner dan juga scalp treatment.




Siti Marlina Badaruddin / ID859745
sms/ whatsapp 016 350 5456

No comments:

Post a Comment