Thursday, March 7, 2013

Jangan jadikan alasan miskin untuk tidak memberi, mari kita mengetahui bagaimana 'Menangani Rasa Enggan Memberi'..

Berikut adalah beberapa ALASAN mengapa kita tidak memberi dan bagaimana cara untuk menanganinya. Jom sama-sama kita mujahadah untuk amalkan!

i) memberi akan mengurangkan ~Sayyidina Ali ra berkata, “rezeki kamu adalah apa yang telah kamu gunakan dan yang apa yang telah kamu belanjakan ke jalan Allah.”Apabila kita “memberi” hakikatnya kita memberi kepada kita sendiri kerana semuanya menjadi “saham” di akhirat. Ramai tokoh-tokoh korporat yang berjaya hari ini kerana niat awal mereka berniaga adalah untuk mengeluarkan zakat. Memberi sebahagian harta seperti mana yang kerap dianjurkan oleh Al Quran, akan membersih dan menyuburkan harta. Metaforanya sama seperti mencabut sebahagian anak pokok sayur di atas batas. Dengan mencabutnya sebahagiannya, pokok sayur yang lain akan tumbuh lebih subur dan lebat.

Keinginan untuk memberi juga adalah dorongan yang kuat untuk berusaha (mencari rezeki). Untuk memberi mesti memiliki. Untuk memiliki kita mesti mencari. Oleh itu dorongan untuk memberi menyebabkan kita berusaha dengan lebih gigih. Kita akan mengamalkan prinsip 3 M dalam berusaha – Mencari, Menyimpan dan Memberi.

ii) org yg menerima tidak berterima kasih - Ini lumrah alam (sunatullah). Jika kita ingin hidup dengan majoriti manusia yang berterima-kasih kita perlu berada di planet lain. Jika kita mengharapkan terima kasih atas kebaikan yang kita lakukan, nescaya kita akan sakit jiwa kerana ramai manusia tidak pandai berterima-kasih di dunia ini. Jika ada ucapan terima kasih, baru kita boleh memberi, kita bukan sahaja akan kecewa bahkan itu menunjukan kita orang yang ego. Allah yang Maha Memberi pun tidak mendapat balasan terima-kasih daripada hamba-Nya. Allah sendiri mengakui hakikat ini menerusi firman-Nya:“ Sangat sedikit dikalangan hamba-Ku yang bersyukur.” Namun apakah dengan itu Allah berhenti memberi? Tidak. Allah terus memberi walaupun hamba-Nya tidak pandai berterima kasih (bersyukur). Lalu siapakah kita untuk berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat balasan terima kasih?
iii) Tiada apa yg hendak diberi - Jangan sempitkan rezeki dengan ‘menyempitkan’ pengertiannya. Rezeki bukan hanya wang ringgit dan harta, jika itulah pengertiannya sudah tentu kita tidak selalu ‘ada’ untuk memberi. Luaskan pengertian rezeki maka “banyaklah” rezeki kita untuk diberikan kepada orang lain. Rezeki bukan hanya berbentuk material tetapi tenaga, doa, ilmu, kata-kata yang baik, pimpinan, senyuman, pandangan yang baik juga termasuk rezeki. Kalau demikian, tertolaklah alasan untuk tidak memberi kerana tidak ada apa yang hendak diberikan.
iv) Bimbang dieksploitasi dan dimanipulasi - Mesti diimbangi antara sangka baik dengan sifat berhati-hati. Jangan terlalu prasangka dan jangan pula percaya secara membabi-buta. Lihat dan telitilah dahulu berdasarkan fakta dan data-data lahiriah. Kemudian memberilah jika dirasakan hasil pemerhatian lahiriah kita orang itu patut menerima pemberian kita. Jangan cuba-cuba menebak hati manusia. Urusan hati orang yang menerima bukan soal kita. Sekiranya, tersilap orang pun pasti pemberian kita akan mendapat pembalasan daripada Allah, jika tidak dunia, pasti di akhirat. Insya-Allah. Jangan terlalu berhati-hati hingga jatuh ke tahap prasangka dan curiga. Relakanlah diri dieksploitasi dan dimanupulasi untuk kebaikan.
v) Tidak adil utk kita yg berusaha - Dengan apa kita berusaha? Apakah modal kita? Modal usaha kita semua daripada Allah. Tenaga, fikiran dan apa jua milik kita hakikatnya diberikan oleh Allah. Allah memberi untuk kita memberi. Allah memberi kepada hamba-Nya melalui saluran hamba-hamba-Nya yang lain. Mesti kita sedari bahawa kita adalah ‘saluran’ Allah untuk memberi. Oleh kerana itulah Allah menggunakan kalimah ‘KAMI’ (keterlibatan pihak lain) apabila menjelaskan tentang pemberian rezeki-Nya. Adalah tidak terpuji sekiranya kita tidak memberi kerana ia samalah dengan menyekat saluran rezeki daripada Allah untuk orang lain. Hakikatnya ‘kepunyaan’ kita yang hendak diberikan itu bukanlah kepunyaan kita tetapi kepunyaan Allah yang diperintahkan-Nya untuk diberikan kepada orang lain. Manusia ialah ‘peminjam’ bukan ‘pemilik’. Memulangkan pinjaman adalah adil. Sebaliknya tidak memberi itulah kezaliman yang nyata.
vi) Tidak mendapat balasan - Individu yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, pasti menolak anggapan memberi tidak akan mendapat balasan. Bukankah Allah telah berfirman: “Sebesar zarah kebaikan akan mendapat balasan (kebaikan).”Malah pembalasan daripada Allah adalah lebih baik dan lebih kekal. Keyakinan kepada Allah dan hari Akhirat sangat penting sebagai dorongan untuk kita memberi. Malah ganjaran atas kebaikan yang kita lakukan bukan hanya di akhirat tetapi ia dirasai di dunia lagi. Di dunia, orang yang memberi akan mendapat ‘ketenangan’ hati. Hakikatnya, mereka “berzikir” dengan anggota. Orang kaya hakikatnya “berzikir” (zikir fikli) apabila menginfakkan hartanya. Ulama berzikir ketika menyampaikan ilmunya. Pemimpin sedang berzikir ketika memimpin dengan kuasa dan kewibawaannya. Dan semua ini akan berikan ketenangan di dunia.

Dalam sebuah hadis panjang yang diriwayatkan oleh Al Tirmizi dan Ahmad Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda tentang dialog Allah dengan para malaikat yang begitu kagum melihat penciptaan gunung, kemudian besi, kemudian api, kemudian air, kemudian angin… Malaikat bertanya, “Ya, Allah! Adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih dari semua itu? Allah yang Maha Gagah dan Maha Dahsyat kehebatannya menjawab, “Ada, yakni amal anak Adam yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya sementara tangan kirinya tidak mengetahui.” Walaupun hadis tersebut menjelaskan betapa pentingnya ikhlas dalam amalan, tetapi ia secara tidak langsung menunjukkan keutamaan memberi. Ya, untuk berjaya (dunia dan akhirat) kita hendaklah menteladani orang yang berjaya. Semua mereka adalah terdiri daripada orang yang sangat komited dengan memberi.

Jika anda miskin, jangan jadikan itu alasan untuk tidak memberi. Jadilah simiskin seperti Sayidina Ali Karamallahuwajhah. Dia tetap memberi walaupun hidup dalam kemiskinan. Sesungguhnya dia sangat menyedari apa yang dimaksudkan oleh hadis Rasulullah S.A.W bahawa Allah cinta kepada orang yang pemurah, namun Allah lebih cintakan orang miskin yang pemurah. Hanya satu sahaja penghalang untuk memberi… lemah iman
Siti Marlina
Shaklee Independant Distributor (id 859745)
sms/ whatsapp 016 350 5456

No comments:

Post a Comment