Monday, February 18, 2013

Kepentingan Minyak Ikan Omega-3

Bila sebut tentang Omega-3, pasti terbayang ikan. Ikan yang paling tinggi Omega-3 adalah antaranya ikan salmon. Dan berita baiknya, salmon termasuk dalam kategori ikan yang mempunyai kandungan merkuri terendah!


Walaupun begitu, salmon yang hidup bebas saja yang termasuk dalam kategori ni. Salmon yang dibela, ada benda lain pula seperti PCB dan sebagainya...

Tapi kita harus makan ikan kerana ia adalah makanan kita. Namun untuk mendapatkan minyak ikan sejati yang berkualiti ia tidak semudah makan ikan banyak-banyak, kerana di zaman moden ni, pencemaran datang bersama pakej makanan kita...

Di samping itu saya nak kongsikan kepentingan minyak ikan yang dipetik dari akhbar Utusan Malaysia:

Minyak Ikan Untuk Kesihatan Jantung

SOALAN:
Saya menghidap tekanan darah tinggi sejak beberapa tahun, tetapi baru-baru ini saya juga disahkan mengalami artritis reumatoid. Ahli farmasi menyarankan saya mengambil minyak ikan sebagai makanan tambahan setiap hari. Apakah kepentingan minyak ikan untuk masalah kesihatan saya dan adakah tip lain yang boleh diamalkan?

JAWAPAN:
Minyak ikan yang diekstrak daripada daging ikan marin mengandungi asid lemak omega-3 yang terdiri daripada Asid eikosapentanoik (EPA) dan Asid dokosaheksanoik (DHA) yang berperanan penting dalam mencegah penyakit jantung, kesihatan penglihatan, otak serta fungsi saraf.

Bagi mereka yang mengalami masalah berkaitan keradangan, pengambilan asid lemak omega-3 membantu kerana ia mempunyai aktiviti antiradang seperti yang banyak dialami oleh penghidap artritis.

Artritis reumatoid boleh diburukkan dengan alahan dan sensitif terhadap makanan. Ramai di kalangan penghidap artritis reumatoid akan menjadi lebih teruk apabila mereka makan makanan yang mendatangkan alahan.

Oleh yang demikian, mengelak daripada mengambil makanan tersebut adalah langkah terbaik.
Walaupun pada permulaannya senaman mungkin boleh menyakitkan, namun senaman ringan seperti berenang, berjalan atau aktiviti regangan juga boleh membantu.

Selain itu, jauhi merokok kerana ia boleh menyebabkan penghasilan radikal bebas yang merosakkan. Pengurangan berat badan pula akan meringankan tekanan ke atas sendi yang menampung berat badan.
Kepentingan minyak ikan kepada masalah tekanan darah adalah disebabkan oleh kesan pencairan darah yang membantu merendahkan tekanan darah.

Dengan pengambilan omega-3, ia boleh membantu merendahkan kedua-dua tekanan sistolik (darah dipam daripada jantung ke sel) dan tekanan diastolik (darah dipam daripada sel-sel ke jantung).

Dengan itu, ia mengelakkan pembekuan darah yang boleh menyumbatkan saluran darah serta mengurangkan tekanan darah tinggi.

Kesimpulannya, minyak ikan Omega-3 ni penting untuk:
  • Mencegah sakit jantung
  • Menjaga kesihatan pengelihatan
  • Menjaga kesihatan otak dan saraf
  • Sebagai anti radang
  • Membantu mencairkan darah - merendahkan tekanan darah bagi pesakit darah tinggi
  • Mengelakkan pembekuan darah yang boleh menyumbat salur darah

Hubungi saya,

 Siti Marlina Badaruddin
ID 859745
sms/Whatsapp 016 350 5456


No comments:

Post a Comment