Friday, October 5, 2012

Makanan Bersesuaian Dengan Keperluan Kulit

“ Kak Maya ni awet mudalah

“ Kita berbeza”


Saya suka sangat tang ayat Kak Maya Karin yang ada ayat “ ikut keperluan” dalam iklan tv. Seringkali saya tekankan dalam blog ini, bahawa pengambilan suplemen adalah mengikut keperluan badan. Bukan ikut-ikutan. Ini kerana, keperluan tubuh setiap manusia adalah berbeza, sepertimana berbezanya cap ibu jari setiap kita. Cuma, ada beberapa panduan yang boleh kita ikut untuk memudahkan kita membuat pilihan.
Wajah Anda PUCAT?
Lebihkan pengambilan zat besi, protein, iodin, kalsium, tembaga, kobbalt dan Vitamin B. Antara makanan yang disyorkan ialah kuning telur, keju, ayam, ikan, nasi, kentang, kekacang, bijirin dan pisang.

Wajah Anda BERJERAWAT?
Tingkatkan pengambilan daging tanpa lemak, hasil tenusu, lobak merah, aprikot, bayam dan brokoli. Semua ini adalah sumber zink terbaikyang menghasilkan kolagen dan elastin demi meningkatkan keanjalan dan kecantikan kulit.

Kulit Anda BERMINYAK?
Anda nampaknya kekurangan RIBOFLAVIN. Selain mencuci wajah dengan pencuci bebas minyak dan mengamalkan suplemen tertentu, lebihkan pengambilan buah badam, soya, susu, dan telur. Ia mampu menghalang pengumpulan minyak di bawah lapisan kulit.

Kulit Anda KERING dan MENGELUPAS?
Lebihkan pengambilan Vitamin E dan A. Begitu juga dengan pengambilan susu, buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin dan kekacang. Vitamin A meningkatkan keanjalan tisu kulit, manakala Vitamin E kaya dengan antioksidan yang membantu mengurangkan masalah kedutan.



No comments:

Post a Comment