Tuesday, October 23, 2012

Kenali Fitonutrien (Phytonutrient)

Fitonutrien adalah komponen organik tertentu tumbuh-tumbuhan, dan komponen ini dikatakan sangat bermanfaat untuk kesihatan manusia. Buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin, kekacang, legum, dan teh adalah sumber yang kaya dengan fitonutrien. Berbeza dengan makro  dan mikro nutrien (protein, lemak, vitamin, mineral), fitonutrien benda yang “wajib” untuk hidup. Ia juga dikenali sebagai fitokimia.

Antara kelas fitonutrien termasuk:
  • Karotenoid
  • Flavonoid (Polyphenols), termasuk Isoflavon (fitoestrogen)
  • Fosfat inositol (Phytates)
  • Lignans (fitoestrogen)
  • Isothiocyanates dan Indoles
  • Sebatian fenol dan cyclic
  • Saponin
  • Sulfida dan Thiols
  • Terpenes
Antara fitonutrien penting:

Karotenoids
Karotenoids adalah fitonutrien yang paling dikenali. Ia adalah pigment yang memberi warna merah, jingga, dan kuning dalam buah-buahan dan sayur-sayuran. Karotenoid melindungi manusia terhadap sesetengah jenis kanser, penyakit jantung, dan degenerasi makular berkaitan dengan usia.

Sumber Makanan kaya karotenoid
  • lobak (alfa-karotena)
  • sayur-sayuran seperti brokoli, ubi keledek, labu, lobak (beta-karotena)
  • buah sitrus, pic, aprikot (beta-cryptoxanthin)
  • sayur-sayuran berdaun seperti kale, bayam, lobak (lutein)
  • produk tomato, limau gedang merah jambu, tembikai, jambu (lycopene )
  • sayur-sayuran hijau, limau (Zeaxanthin)
Polyphenols
Sebatian polifenolik adalah komponen semulajadi pelbagai tumbuh-tumbuhan, ia juga dikenali sebagai metabolit sekunder. Sumber makanan yang kaya dengan polifenol termasuk bawang, epal, teh, anggur merah, jus anggur, strawberi, raspberi, blueberry, cranberry, dan kacang tertentu.
Polyphenols boleh dikelaskan sebagai nonflavonoids dan flavonoid.

NonflavonoidsSumber
ellagic acidstrawberi, blueberi, raspberi
coumarins
FlavonoidsSumber
anthocyaninsbuah-buahan
catechinsteh
flavanonescitrus
flavonesbuah & sayur
flavonolsbuah, sayur, teh
isoflavoneskacang soya


Apakah kepentingan Fitonutrien?
  • Sebagai antioksidan
  • Meningkatkan tindak balas imun
  • Meningkatkan komunikasi sel-sel
  • Mengubah metabolisma estrogen
  • Menyebabkan sel-sel kanser mati (apoptosis)
  • Pembaikan kerosakan DNA yang disebabkan oleh merokok dan lain-lain pendedahan toksik
  • Menyahtoksik karsinogen penyebab kanser  melalui pengaktifan P450 cytocrome dan fasa II enzim sistem
Shaklee sebagai sebuah syarikat kesihatan terkemuka bukan saja menyediakan makro dan mikronutrient, tetapi juga fitonutrien yang tentunya untuk kesihatan kita.


Hubungi saya

Siti Marlina
Shaklee Independant Distributor [ID 859745]
016 350 5456
simply4mama@gmail.com

No comments:

Post a Comment