Monday, September 10, 2012

Lemak - Kenali Terminologinya

Masyarakat kini terutama para ibu bapa begitu teruja dalam kehidupan yang sihat. Mana tidaknya, disebabkan obesiti menjadi salah satu masalah kesihatan utama di negara kita, ramai yang mula sedar dan mengelak untuk menjadi gemuk dengan pelbagai cara. Salah satunya, antara yang utama ialah dalam pemilihan makanan.
Makanan tanpa lemak dan dimasak dengan minyak yang minimum menjadi pilihan mereka yang pentingkan gaya hidup sihat.
Namun, bagi mereka yang gemarkan makanan yang dibeli atau dimasak diluar, adakah anda sedar bahawa lemak itu bukan sekadar ‘fat’. Label atau nama ‘low fat’ atau ‘no trans fat’ saja tidak cukup untuk menggambarkan makanan tersebut benar2 kurang lemak.
Ayuh kita kenali terminologi untuk LEMAK yang mungkin kita tak sedar..

LABEL MAKANAN BERLEMAK
  • Buttered
  • Battered
  • Breaded
  • Deep fried
  • Au gratin
  • Creamy
  • Crispy
  • Alfredo
  • Bisque
  • Hollandaise
  • Parmigiana
  • Bearnaise
  • En croute
  • Escalloped
  • Pan fried
  • Rich
  • Sautee
  • With gravy
  • With mayonnaise
  • With cheese
LABEL MAKANAN KURANG BERLEMAK
  • Baked
  • Braised
  • Broiled
  • Grilled
  • Lightly sautee
  • Roasted
  • Steamed
  • Poarched
Buatlah pilihan terbaik untuk makanan yang sihat. Ikuti saranan piramid makanan!

No comments:

Post a Comment