Wednesday, September 5, 2012

Kenali Fiber: Jenis2 Fiber dalam Supplemen dan Makanan

Kita mungkin biasa dengan perkataan fiber atau serat. Dan kita mungkin faham fiber banyak terdapat dalam buah dan sayuran.

Fiber dan kanji sama2 mengandungi gula, namun gula dalam fiber lebih sukar tercerna kerana enzim amilase tidak boleh memecahkan ikatan gula dengan serat dengan baik. Oleh itu, serat larut adalah salah satu agen penyerap gula dan kolesterol yang baik.

Mari kita kenali jenis2 serat dan nama yang biasa digunakan dalam produk makanan tambahan.

Psyllium – sejenis bahan perekat yang diperolehi dari psyllium, sejenis bijirin. Ia sangat baik untuk masalah kolesterol dan merendahkan index glisemik bila dicampur dalam makanan.

Fructooligosaccharides (FOS) & Inulin – Meningkatkan kadar penyerapan mineral oleh usus.

Maltodextrin – Sejenis polisakarida tak tercerna yang dihasilkan dari makanan berkanji, sebagai pengganti kanji. Ia merendhkan kadar kalori.

Methylcellulose – Diperbuat dari dinding sel tumbuhan. Ia tidak tercerna dan bagus untuk masalah sembelit.

Jadi, kenalilah bahan2 serat dalam makanan & suplemen anda. Semoga bermanfaat!



Hubungi saya Lina– simply4mama@gmail.com - SMS/ whatsapp 016 350 5456 untuk sebarang pertanyaan.

No comments:

Post a Comment