Friday, May 25, 2012

Tepuk dada tanya selera

Vitamin ada 3 jenis dalam pasaran.... iaitu Semulajadi, Sintetik dan Organik. Apa yang dikatakan Semulajadi? Melalui apa yang saya perolehi hasil dari bacaan saya, ianya dihasilkan dengan pemprosesan seminima mungkin dan kepekatan adalah dalam keseimbangan yang menghampiri kepada keadaan ia ditemui dalam alam semulajadi. Walaubagaimanapun kos untuk menghasilkan vitamin dari jenis ini sangat mahal.

Syarikat pengeluar memerlukan modal yang tinggi untuk menghasilkan vitamin dari jenis ini.

Bagaimana pula yang dikatakan Sintetik?

Apa yang saya faham, nutrien yang dihasilkan adalah dalam persekitaran makmal dan biasanya bersumberkan arang batu. Ianya paling murah berbanding dengan semulajadi memandangkan komponennya adalah bahan kimia. Produk dari jenis ini mudah di dapati. Walaupun sacara kimia ianya semulajadi tetapi dari segi strukturnya ia berbeza.Dari label apa yang saya ingat, vitamin dari jenis ini dilabelkan dengan huruf "l" berbanding dengan huruf "d" bagi vitamin semulajadi.

Produk pemakanan yang dibuat dari organik adalah nutrien khusus yang dipencilkan dari satu sumber semulajadi, biasanya menggunakan haba, tekanan tinggi atau pelarut kimia yang kuat. Namun ia tidak sama dengan nutrien semulajadi disebabkan proses yang dilaluinya. Semasa pemprosesan ia melibatkan haba yang berlebihan dan dikatakan menggunakan produk petroluem yang boleh menyebabkan kehilangan nutrien.


Bagaimana kita nak kenal semulajadi atau sintetik?


Dikatakan ianya boleh dikenalpasti melalui pembacaan label-huruf "l"bagi tiruan dan "d" bagi semulajadi. Selain itu ianya boleh dibandingkan melalui perkataan "ko-faktor" seperti "bioflavinoids" atau "biodegrable" dan seterusnya kita boleh mengenalpasti melalui kehadiran pad "gel silika" di dalam bekas sintetik.


Namun sekiranya anda seorang yang sangat arif tentang perbezaan antara 3 jenis vitamin ini, adalah diharapkan dapat berkongsi dengan saya dan teman yang lain agar kita mengetahui dengan lebih dalam apa yang kita makan.
Sesungguhnya jadikanlah makanan itu sebagai ubat dan BUKAN ubat sebagai makanan kita.


Sehingga bertemu lagi.

No comments:

Post a Comment