Thursday, January 12, 2012

Susu Ibu Berubah Warna & Lebih Pekat

Pagi tadi saya menerima SMS text dari Nurul yang baru mencuba set E. Katanya dia terkejut susunya menjadi kekuningan dan nampak pekat sikit. Alhamdulilah, nampaknya Noorul tak hadapi masalah untuk adapt dengan set ini. Saya agak tubuh badan Nurul dalam keadaan yang sihat dan sejahtera, jadi tak banyak yang kena ‘repair’. Berbanding beberapa ibu yang memerlukan masa untuk nampak kesan, mungkin kerana gaya hidup yang sentiasa dalam keadaan penat dan stress, menyebabkan ‘banyak kerja’ sebelum susu boost up, walaupun kekerapan mengepam tu tak berubah.

Lihatlah perbezaan susu perahan Nurul dengan teman sepejabatnya.


IMG00386-20100716-1722 


Susu perahan Nurul di sebelah kanan. Nampak enak berkrim disukai ramai, kan?
Yang ini pula perbezaan susu Nurul sebelum dan selepas mengambil set E.


IMG00387-20100716-1722

Kiri, sebelum – putih. Kanan, selepas, kuning berkrim.
Inilah susu ibu yang kaya dengan nutrisi. Pekat, dan menggiurkan.

Insya-Allah, kepada sesiapa yang mencuba dan mengikut aturan, serba terus tekun berdoa dan bertawakal, masanya akan tiba juga untuk menjadi seperti Nurul. Tak semua orang akan react pada masa yang pantas, bergantung kepada keadaan tubuh badan kita. Ada orang yang badannya banyak sel rosak, hormon tak stabil akibat penat dan stress, mungkin memerlukan sedikit masa. Tetap, istiqamahlah, rujuk kepada orang yang mengedarkan kepada anda, sebab apa jadi begitu begini.

Saya akui ada 2-3 orang yang mengalami healing crisis, antara lain badan rasa penat, lesu, tapi ia adalah normal. Badan kita sedang membuang toksin dan merepair apa yang patut, menyebakan badan rasa lemah2. Saya juga pernah mengalaminya. Cara mengatasinya ialah dengan minum air dalam kuantiti yang banyak dan teruskan berdoa. Ada yang terus berhenti sebab katanya tak sesuai… Ya memang ada jenis2 orang yang tak sesuai, terutama dengan set yang mengandungi alfalfa, iaitu mereka yang berpenyakit buah pinggang dan SLE (penyakit lupus). Orang yang ada diabetes tak sesuai mengambil soy protein. Atau mungkin ada orang jenis elergi dengan jenis vitamin (ada ke? ada kot kan? saya elergik dengan ubat, antibiotik dari jenis Penicillin).

Saya kagum dengan ibu-ibu yang terus tabah dan percaya, walaupun hasilnya lambat, seperti Sis Idayu. Saya masih ingat Sis Idayu menghubungi saya kerana susunya menjadi kurang selepas mengambil set B. Selepas diberi konsultansi…. 2-3 minggu selepas itu Sis Ida menghubungi saya untul full set, tambah Soy Protin! Kagum saya kerana beliau terus bersabar dan percaya dengan produk ni. Alhamdulillah, mari kita doakan kejayaan Sis Idayu dalam misi penyusuannya.

No comments:

Post a Comment