Wednesday, January 11, 2012

Penyusuan Ibu | Set Breastfeeding Tidak Membanyakkan Susu Badan Jika…

Seorang ibu menghubungi saya,

“Puan Lyna, saya nak dapatkan set breastfeeding”

Saya bertanya “Puan mengalami susu badan kurang ke?”
Jawabnya “Ya, kurang sangat. Saya dah bagi FM”

Saya tanya lagi “Boleh saya tahu bagaimana praktik penyusuan yang Puan lakukan? Sehari berapa kali Puan pam susu? bayi puan menyusu kerap atau tidak?”

Jawabnya “Saya dah tak pam dah. Dulu pam, tapi dapat sikit saja. Sekarang dah tak pam”

Kata saya “Kalau macam tu, Puan kena pam susu dengan konsisten”

Kata dia “Saya dah pam tapi sikit je, sebab tu saya nak makan set breastfeeding ni”

Saya explain “Boleh, tapi puan kena pam 3 jam sekali sambil makan set breastfeeding ni ya”

Dia menjawab dengan kecewa “Kalau macam tu takpelah, saya nak banyakkan susu. Macamana nak pam
kalau susu tak ada..”

Percaya tak saya dah berbelas kali jumpa bakal pelanggan yang macam ni (tapi tak jadi pun sebab saya takkan jual kepada yang tak faham konsep BF). Kebanyakannya saya cadangkan belajar konsep penyusuan, atau mendapatkan khidmat nasihat kaunselor laktasi untuk mengatasi masalah penyusuan mereka.

Jauh sekali untuk menjual set breastfeeding ni buat ibu-ibu sebegitu. Tidak sekali-kali kerana:-

1- Mereka tak tahu tentang konsep penyusuan. Tak tahu tentang supply-demand dan sebagainya.
2- Mereka ingat makan set breastfeeding boleh banyakkan susu dengan mengenepikan faktor2 lain dalam konsep penyusuan.

Akibatnya, bila dah ambil set breastfeeding Shaklee tapi susu tak banyak (sebab tak pam, tiada stimulasi dari hisapan baby) mereka akan memburuk-burukkan nama set breastfeeding Shaklee ni.

Apa lagi kalau lepas tu dia merujuk kepada orang lain dan dikatanya “Saya dah ambil Shaklee tapi tak jadi pun..”

Paling tak best bila ada pihak yang menangguk di air keruh.

Susah nak fahamkan masyarakat tentang supplement. Bagaimana supplement Shaklee berbeza dengan supplement2 lain, bagaimana ia membantu penyusuan.. dan sebagainya.

Malah banyak tanggapan kalau ambil supplement semasa mengandung, bayi akan menjadi besar.

No comments:

Post a Comment