Monday, January 9, 2012

Mengenali Makronutrien dan Mikronutrien

Makanan membekalkan kita nutrien untuk membina tubuh, serta tenaga untuk bergerak. Nutrien ni terbahagi kepada 2: makronutrien dan mikronutrien.

Makronutrien adalah makanan utama yang membina tubuh dan membekalkan tenaga. Ia terdiri dari 3 kumpulan utama iaitu lemak, protin dan karbohidrat.

Mikronutrien ialah komponen yang diperlukan untuk makronutrien tadi berfungsi dengan baik. Mikronutrien ialah vitamin dan mineral.



Tubuh kita memerlukan kedua-duanya. Makronutrien protin membina sel tubuh kita dan mikronutrien meneguhkan dan melancarkan prosesnya dengan satu mekanisma dinamakan metabolisma.


Tubuh kita memerlukan tenaga bukan saja untuk bergerak tapi juga untuk fungsi organ, misalnya jantung untuk berdegup, hemoglobin mengangkut oksigen, paru-paru untuk mengembang semasa bernafas dan sebagainya.

Sebagaimana bahan bakar lainnya, makronutrien bertindak sama macam minyak kereta yang kita isi. Kalau tak ada minyak, kereta tak boleh jalan. Kalau terlebih minyak, ia akan tumpah. Dalam kes kita, ia ‘tumpah’ menjadi kolesterol dalam salur darah.
Kalau kita tak gerakkan kereta, minyak tersimpanlah dalam tangki. Manakala kalau kita tak gerakkan badan kita, hasil makronutrien ni tetap ada dalam tubuh. Dan inilah yang membuatkan sesetengah orang menjadi gemuk.

Tapi kebanyakan kita salah konsep makanan… Kita makan untuk hilangkan rasa lapar, tapi tujuan utama makanan adalah untuk membekalkan tenaga kepada kita. Jadi, gunakan tenaga yang kita bekalkan kepada tu tubuh kita tu ya!

No comments:

Post a Comment