Friday, December 23, 2011

Sabar Membentuk Keyakinan

Seorang kawan lama saya memberitahu, berkat sabar beliau amalkan ESP dan Vitamin Shaklee (set penyusuan), selama 3 bulan...baru kini mendapat hasilnya....beliau memang sabar....sabar nak menanti 3 bulan...

Mengapa saya minta mereka bertahan selama 3 bulan? sebab sel dalam tubuh hidup antara umur 90 hingga 120 hari...maka kita perlu masa untuk sel menerima dan menyerap dengan lebih baik semua vitamin yang kita amalkan.

Penting ke ESP? 

ESP sebenarnya adalah protien. Sel terbentuk dari protien. Memang kita makan ikan, minum air soya, makan tempe , daging , telur dan banyak sumber protien namun tiada satu yang dapat jamin bahawa pengambilan makanan dari sumber protien ini benar-benar membantu pembentukan sel baru dan sel yang sihat. Ditambah bila makan bersumberkan makanan yang digoreng dengan suhu yang tinggi...mungkin protien yang tinggal tidak memenuhi keperluan pembentukan sel dalam tubuh. 

Protien hidup pada suhu badan manusia ialah antara 36 darjah. Sebab itu bila anak demam panas melebihi 38 darjah, kita perlu pastikan suhunya tidak terus naik supaya komplikasi lain tidak berlaku ini kerana suhu terlalu panas boleh membunuh dan merosakkan sel.

Pengambilan ESP membantu memastikan sel mendapat protien yang sempurna dan membantu melahirkan sel yang sihat dan sempurna. Apabila sel yang hidup adalah sel yang sihat, maka penyerapan vitamin dan galian adalah lebih optimum.

Selepas sabar dan istiqamah, kawan saya dapati kulitnya cantik, tiada lagi tompok-tompok hitam bekas jerawat lama, anaknya yang menyusu dah kurang dapat jangkitan selsema, hubungan suami isteri semakin baik dan yang paling seronok, anaknya mudah kenyang dan tidur lena di malam hari.

ESP adalah antara supplement yang perlu ada di rumah kerana saya hanya bersarapan dengan bancuhan ESP , Meal shake dan Performance drink....sekurang-kurangnya bantu saya berdiet dengan sihat untuk menggantikan sarapan makanan.

Mungkin ada orang membezakan apa beza protien Shaklee dengan protien di pasaran...apa yang boleh saya nyatakan ialah, ESP mengandungi 9 asid amino yang tidak boleh dibuat oleh badan yang diperlukan oleh tubuh. Ianya adalah protien yang lengkap. Tidak menggunakan alkohol untuk proses pembersihan soya. Ia diproses dengan suhu yang sangat terjaga demi memastikan semua asid amino tidak rosak.

Apapun kena sabar, beri masa 3 bulan...cuba lengkapkan dengan pengambilan ESP...mudah2an sel dapat menyerap semua vitamin dengan baik.

Sebelum mendapatkan ESP, sila dapatkan nasihat pengedar bagaimana cara pengambilan yang betul ya.


Hubungi saya untuk keterangan lanjut dan pesanan


Siti Marlina Badaruddin
Shaklee ID 859745
sms/whatsapp 016 350 5456



No comments:

Post a Comment